Utusan Borneo (Sabah)

Askar kerugian RM60,000 ditipu ‘si cantik’ maya

-

SIBU: Siapa sanggup diajak berkahwin oleh kenalan yang cantik di media sosial tapi perlu membayar puluhan ribu ringgit terlebih dahulu walaupun tidak pernah bersua.

Inilah yang berlaku kepada seorang anggota tentera yang terlalu terpikat dengan kecantikan seorang wanita di Facebook sehingga tidak mencurigai muslihatny­a yang meminta pembayaran majlis perkahwina­n berjumlah RM60,000 menerusi pindahan bank.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian ini berlaku selepas pengadu berkenalan dengan gadis yang bernama Aishah di laman sosial Facebook sejak November 2016.

Katanya, pengadu, 28, yang juga berhubung dengan suspek melalui WhatsApp telah diajak berkahwin dan diminta membuat pembayaran hantaran majlis perkahwina­n.

“Oleh kerana tertarik dengan gambar-gambar menawan hati yang digunakan suspek, pengadu bersetuju berkahwin dan membuat pembayaran hantaran ke akaun suspek berjumlah RM30,000 secara pindahan dalam talian pada Disember 2016,” katanya.

MenurutSta­nley,pengadu juga diminta membuat beberapa transaksi pindahan secara dalam talian ke akaun yang sama berjumlah RM30,000 pada Jun 2017 sebagai penambahan wang hantaran kepada suspek.

Katanya, sehingga ke hari ini suspek gagal dihubungi setelah pengadu membuat pembayaran sehingga RM60,000.

“Pengadu hanya membuat laporan polis hari ini selepas terasa ditipu apabila perkahwina­n yang dijanjikan tidak diperolehi,” katanya.

Stanley berkata, suspek telah memperdaya­kan pengadu untuk memindahka­n wang ke akaun suspek bagi tujuan perkahwina­n yang tidak wujud.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia