Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan baiki paip rosak

Pengguna dijangka dapat bekalan semula hari ini

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pengguna di kawasan Inanam, Jalan Tuaran, Kolombong-Damai,Luyang dan Likas perlu menunggu pembaikan paip rosak sekurang-kurangnya satu hari lagi.

Pengarah Jabatan Air Negeri Ir Amarjit Singh berkata masalah itu adalah kerana salah satu paip penghantar­an utama dari Moyog ke Takungan R3 di Likas telah rosak oleh kontraktor yang melakukan beberapa kerja kabel bawah tanah.

“Kami telah mula melakukan kerja pembaikan yang dijangka selesai esok (hari ini) dan bekalan air akan diteruskan secara beransuran­sur pada sebelah petang,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Mengulas aduan orang ramai mengenai keadaan air di kawasan yang terjejas, beliau berkata jabatan itu menerima laporan berhubung paip yang rosak kira-kira jam 6 petang pada 20 Mei.

“Kami dimaklumka­n bahawa salah satu paip penghantar­an utama kami dari Moyog, berukuran 800mm, telah dirosakkan oleh beberapa kerja pembinaan. Selepas membuat pemeriksaa­n kami dapati paip itu rosak oleh kontraktor SESB yang melakukan kerja kabel di sana.

“Kontraktor tidak merujuk kepada jabatan untuk meminta laluan melakukan kerja. Mereka merosakkan paip kami yang kedalaman kira-kira 3 meter dan kerosakan itu mengakibat­kan penguranga­n bekalan air ke Takungan R3 di Likas yang terletak di Jalan Perkuburan Tiong Hua Kolombong,” katanya.

Amarjit berkata R3 Likas membekalka­n air ke Inanam, Jalan Tuaran, kawasan Kolombong-Damai, Luyang dan Likas yang melibatkan kira-kira 20,000 pengguna.

Kerja pembaikan sudah dimulakan tetapi pada 6 petang Ahad, masih terdapat beberapa masalah dalam kerja pembaikan dan salah satu masalah yang dihadapi adalah cuaca yang telah menghalang mereka menyelesai­kan kerja.

Beliau berkata mereka membaik pulih paip dengan plat logam tetapi malangnya pada jam 9 pagi Isnin, pembaikan sementara tidak berkesan.

“Jadi, kita telah memutuskan untuk memotongse­ksyenyangr­osak dan menggantik­annya tetapi ia akan mengambil masa,” katanya sambil menambah, paip itu terletak terlalu dalam di bawah tanah dan untuk keselamata­n pekerja, pihaknya perlu melakukan kerja secara behati-hati kerana keselamata­n juga sangat penting.

Beliau berharap agar pembaikan itu akan selesai pada hari ini dan bekalan air akan dapat disalurkan secara beransur-ansur pada sebelah petang.

“Kami mengalihka­n bekalan dari Telibong II ke takungan UMS untuk bekalan ke kawasan Kampung Likas dan juga membuka bekalan air dari takungan City Mall untuk membantu kawasan Kolombong,” katanya.

 ??  ?? KERJA pembaikan berterusan ke atas pada paip yang rosak.
KERJA pembaikan berterusan ke atas pada paip yang rosak.
 ??  ?? AMARJIT
AMARJIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia