Utusan Borneo (Sabah)

Episod pertama musim terakhir ‘Game of Thrones’ catat rekod

-

EPISOD pertama bagi musim terakhir ‘Game of Thrones’ ditonton kira-kira 17.4 juta warga Amerika – audiens rekod bagi siri fantasi itu, kata saluran kabel HBO.

HBO berkata penonton dan audiens televisyen Amerika Syarikat (AS) secara langsung pada Ahad dalam aplikasi-aplikasi HBO GO dan HBO NOW mengatasi rekod siri lama bagi 16.9 juta penonton untuk finale Musim 7 dua tahun lalu.

Dalam media sosial, tayangan perdana pada Ahad juga episod paling ditweet dalam sejarah siri tersebut, dengan lebih lima juta tweet, dan 11 juta sebutan sepanjang hujung minggu itu, HBO menyebut dalam satu kenyataan.

Kesemua 10 trend Twitter global teratas pada lewat petang Ahad adalah mengenai episod itu.

Siri itu yang

menceritak­an tentang keluarga-keluarga yang berperang dalam kerajaan fiksyen Westeros, yang bermula pada 2007, telah menjadi hit terbesar di saluran HBO.

Musim 7 mencatatka­n purata 32.8 juta penonton bagi setiap episod di AS ketika tontonan tertangguh dikira dan HBO berkata ia menjangka purata bagi Musim 8 untuk “berkembang dengan agak banyak”.

‘Game of Thrones’ dapat ditonton di lebih 150 buah negara di seluruh dunia, tetapi HBO berkata data tontonan tidak mudah diambil di kebanyakan pasaran tersebut, menjadikan angka global mustahil untuk dikira.

Maklumat mengenai musim terakhir merupakan rahsia yang dikawal ketat, untuk merangsang jangkaan.

Momen paling ditweet daripada siri pada Ahad adalah apabila watak popular ‘Thrones’ Jon Snow (lakonan Kit Harington) akhirnya tahu tentang ibu bapanya, dan hakikat bahawa kekasihnya, Daenerys Targaryen (Emilia Clarke), sebenarnya adalah ibu saudaranya.

Walaupun mempunyai begitu ramai peminat tegar, ‘Game of Thrones’ bukan acara televisyen paling besar di AS.

Acara tahunan Super Bowl NFL menarik kira-kira 100 juta penonton manakala Majlis Anugerah Oscar 2019 pada Februari lalu ditonton dalam televisyen oleh 29.6 juta warga Amerika.

Episod terakhir bagi ‘Game of Thrones’ akan ditayangka­n pada 19 Mei.

 ??  ??
 ??  ?? CATAT REKOD BAHARU: Watak popular ‘Thrones’ Jon Snow lakonan Kit Harington (kiri) akhirnya tahu tentang ibu bapa kandungnya, dan hakikat bahawa kekasihnya, Daenerys Targaryen (Emilia Clarke), sebenarnya adalah ibu saudaranya. — Gambar ihsan HBO
CATAT REKOD BAHARU: Watak popular ‘Thrones’ Jon Snow lakonan Kit Harington (kiri) akhirnya tahu tentang ibu bapa kandungnya, dan hakikat bahawa kekasihnya, Daenerys Targaryen (Emilia Clarke), sebenarnya adalah ibu saudaranya. — Gambar ihsan HBO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia