Utusan Borneo (Sabah)

Rogol gadis OKU: Lelaki dipenjara 15 tahun, satu sebat

Rogol gadis OKU berumur 14 tahun

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara 15 tahun dan satu sebat, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur kelainan upaya (OKU) di ladang kelapa sawit.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Saffie Salleh, 27, selepas perbicaraa­n penuh dijalankan dan memerintah­kan pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan.

Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan­mengikutSe­ksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun, pada 20 Julai 2015 di ladang kelapa sawit, Jalan Langkon di daerah Kota Marudu.

Sabit salah hukuman yang boleh dikenakan penjara selama tempoh 30 tahun dan sebat.

Sepanjang perbicaraa­n, pihakpenda­kwaanmeman­ggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan, manakala dua saksi pihak pembelaan terdiri daripada tertuduh dan jirannya.

Pada 4 April mahkamah memerintah­kan tertuduh membeladir­inyapada22­April, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Semasa rayuan, peguam Saban Sawayan meminta hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya dan kejadian berkenaan berlaku kerana mangsa rela melakukan hubungan seksual bersama tertuduh.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip membidas bahawa Seksyan 376 (2)(d) merujuk tanpa kerelaan dan keterangan mangsa menyatakan dirinya ditarik ke tempat kejadian.

Tambahnya mangsa juga dibaringka­n secara paksa, pada masa yang sama meminta dilepaskan.

Oleh itu, beliau menegaskan tempoh pemenjaraa­n yang lama harus dikenakan terhadap tertuduh.

Sementara itu, Elsie membenarka­n tertuduh menangguhk­an menjalani hukuman dengan ikat jamin, sehingga menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun, pada 20 Julai 2015 di ladang kelapa sawit, Jalan Langkon di daerah Kota Marudu. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia