Utusan Borneo (Sabah)

Arifin saran supaya sekolah adakan kempen membaca

Arifin saran supaya sekolah adakan kempen membaca

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif meminta ibu bapa supaya menggalakk­an anak-anak mereka membaca agar ia menjadi budaya dalam diri.

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil mampu dicapai sekiranya ibu bapa menekankan budaya berkenaan di awal usia atau sewaktu mereka sudah mula bersekolah.

Jelas beliau, ibu bapa perlu melihat usaha itu dari sudut lain kerana secara tidak langsung membaca mampu menambah ilmu pengetahua­n.

“Saya gesa ibu bapa supaya menekankan budaya membaca kepada anak-anak kerana ia secara tidak langsung mampu menambah ilmu pengetahua­n dalam diri.

“Kepada anak-anak yang rajin membaca, saya nasihatkan terus membaca. Ini adalah satu-satunya usaha yang mampu memberikan mereka ilmu melalui pembacaan,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ yang diadakan di Perpustaka­an Membakut.

Dalam pada itu, Arifin turut menggalakk­an pihak sekolah supaya sentiasa mengadakan kempen membaca di peringkat sekolah bagi memastikan para pelajar memanfaatk­an masa dengan membaca.

Katanya melalui usaha itu, bahan bacaan di sekolahsek­olah dapat dimanfaatk­an dengan sebaiknya.

Pada majlis itu, Arifin turut menyampaik­an hadiah kepada para pelajar yang menyertai pertanding­an sempena acara Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.

Bagi pertanding­an membaca kategori sekolah rendah, tempat pertama dimenangi oleh Iskandar Rustam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Patrick manakala, pertanding­an Bercerita kategori sekolah rendah dimenangi oleh Aqilah Nazimah Nazirun dari SK Kampung Brunei.

Pertanding­an Meneka Pantun Teka Teki kategori sekolah rendah dimenangi oleh Elyada Anthony dari SK Tamalang sementara pertanding­an pidato kategori sekolah menengah pula dimenangi oleh Norafirah Jinode dari Sekolah Menengah (SM) St Patrick.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) JOHAN pertanding­an pidato kategori sekolah menengah.
(Gambar kanan) JOHAN pertanding­an pidato kategori sekolah menengah.
 ??  ?? (Gambar kiri) SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.
(Gambar kiri) SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.
 ??  ?? ARIFIN memerhati salah seorang kanak-kanak yang membaca di Perpustaka­an Membakut.
ARIFIN memerhati salah seorang kanak-kanak yang membaca di Perpustaka­an Membakut.
 ??  ?? ARIFIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
ARIFIN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN ketika menyampaik­an ucapannya pada majlis itu.
ARIFIN ketika menyampaik­an ucapannya pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia