Utusan Borneo (Sabah)

PENDUDUK SABAH TANPA KERAKYATAN

Suhakam, Komnas HAM tandatanga­ni MoU

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk menangani isu penduduk tanpa kerakyatan atau individu berisiko tidak memiliki kerakyatan di Sabah.

Menerusi MoU itu, Suhakam dan Komnas HAM, bersama-sama Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) yang turut hadir pada majlis penandatan­ganan itu sebagai pemerhati, menetapkan matlamat untuk bekerjasam­a dan memberi sokongan antara satu sama lain berhubung isu-isu tidak memiliki kerakyatan di Sabah dari sudut pandangan hak asasi manusia.

“Penduduk tanpa kerakyatan di Sabah kebanyakan­nya berbangsa Filipino dan berketurun­an Indonesia. Mereka yang tidak memiliki kerakyatan itu biasanya dinafikan hak-hak asasi manusia yang asas seperti kesaksamaa­n dari segi undang-undang, hak untuk bekerja, hak untuk mendapat pendidikan, hak kepada penjagaan kesihatan, hak untuk memiliki hartanah dan mereka berisiko menjadi mangsa jenayah seperti pemerdagan­gan manusia selain diganggu dan dieksploit­asi,’’ kata institusi-institusi hak asasi manusia itu dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Suhakam, Komnas HAM dan CHRP akan bekerjasam­a dengan kerajaan masingmasi­ng berhubung isu penduduk yang tidak memiliki kerakyatan dan penduduk yang berisiko tidak memiliki kerakyatan di Sabah dan akan menjalanka­n kajian bersama untuk memahami dan mengatasi sifat geopolitik dan dorongan sejarah isu berkenaan.

“Dokumentas­i, ketiadaan atau kekurangan dokumen yang sah, adalah cabaran asas bagi seseorang yang tidak memiliki kerakyatan atau berisiko tidak memiliki kerakyatan dan inilah kebanyakan kesnya di Sabah.

“Walaupun jumlah sebenar penduduk yang tidak memiliki kerakyatan, terutama kanak-kanak yang tidak berkerakya­tan di Malaysia tidak diketahui, anak-anak tidak sah taraf hasil hubungan di luar nikah dan daripada perkahwina­n yang tidak diktiraf adalah jumlah terbesar orang muda yang tidak memiliki dokumen. Sebanyak 68 peratus (381) daripada aduan yang dilaporkan kepada pejabat Suhakam Sabah adalah berkaitan penduduk yang tidak memiliki kerakyatan,” kata kenyataan itu.

‘‘Suhakam, Komnas HAM dan CHRP menyasarka­n untuk mengemukak­an cadanganca­dangan berdasarka­n dapatan bersama mereka serta dipandu perjanjian­perjanjian hak asasi manusia antarabang­sa yang relevan, seperti ‘the Universal Periodic Review (UPR)’, ‘the Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDGs)’ dan the ‘Global Compact on Migration’,‘‘ katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? DR Daud (tengah) mendengar penerangan mengenai kualiti limau yang dihasilkan daripada pengusaha ladang Harimaju Plantation Sdn Bhd Lo Hon Kong (dua kiri) ketika melawat gerai jualan selepas merasmikan mesyuarat tahunan Jabatan Pertanian Sabah pada Selasa.
GambarBern­ama DR Daud (tengah) mendengar penerangan mengenai kualiti limau yang dihasilkan daripada pengusaha ladang Harimaju Plantation Sdn Bhd Lo Hon Kong (dua kiri) ketika melawat gerai jualan selepas merasmikan mesyuarat tahunan Jabatan Pertanian Sabah pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia