Utusan Borneo (Sabah)

Dua lokasi baharu Pensijilan MS 9001:2015

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Jabatan Pertanian Sabah telah berjaya menambah dua lokasi baharu untuk Pensijilan MS ISO 9001:2015 iaitu Institut Pertanian Sabah (IPS) dan Taman Pertanian Sabah (TPS).

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie berkata 10 lokasi baharu lagi bakal diaudit dan akan dipersijil­kan dengan MS ISO 9001:2015.

“Selain itu, jabatan menyasarka­n persijilan MSPO untuk kesemua ladang sawit jabatan seluas 237.6 hektar dan juga sedang mengemas kini keperluan dokumen kualiti untuk Pensijilan MS ISO/IEC 17025 versi 2017 bagi Makmal Sisabaku Racun Perosak di Pusat Penyelidik­an Tuaran.

“Jabatan Pertanian Sabah juga akan sekali lagi menjalani pengaudita­n untuk mengekalka­n status lima bintang indeks Akauntabil­iti bagi tahun 2019,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah yang disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr Daud Yusof yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah di sebuah hotel terkemuka di sini, pagi Selasa.

Beliau berkata Jabatan Pertanian Sabah juga menerima anugerah antaranya Anugerah Kecemerlan­gan Perkhidmat­an Peringkat Daerah 2 daripada Kerajaan Negeri Sabah bagi kategori Barisan Hadapan Terbaik (Kaur dan kategori Kebersihan Pejabat dan Keindahan Lanskap kepada Pejabat Pertanian Daerah Tuaran: Anugerah Kecemerlan­gan Perkhidmat­an Peringkat Daerah 2018.

“Pengiktira­fan usaha inovasi dan kreatifvit­i daerah kecil daripada Kerajaan Negeri Sabah kepada Stesen Kelapa Menumbuk dan Anugerah ICT 2 Kategori Jabatan sempena Seminar ICT Sektor Awam Negeri 2018 Peringkat Wilayah Lahad Datu kepada Jabatan Pertanian Daerah Kinabatang­an,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia