Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen kebersamaa­n Adun Sabah

-

KOTA KINABALU: Persetujua­n sebulat suara usul tergempar pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n di Parlimen menunjukka­n komitmen kebersamaa­n tanpa mengira idelogi politik di negeri ini dalam merealisas­ikan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbira­n & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Tony Paridi Bagang berkata persetujua­n sebulat suara Anggota DUN Sabah itu memberi harapan semula kepada rakyat negeri ini selepas tidak mendapat undian majoriti di Dewan Rakyat sebelum ini.

“Secara politiknya ia memberi merit kepada kerajaan semasa dan pada masa sama menguji komitmen Kerajaan Persekutua­n untuk mengembali­kan status Sabah,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata usul tergempar yang dibawa pada persidanga­n DUN Sabah itu membuktika­n komitmen kerajaan negeri untuk merealisas­ikan aspirasi rakyat di negeri ini dalam memperjuan­gkan hak di bawah MA63.

Pada Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebulat suara meluluskan usul tergempar menyokong pindaan Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n yang dibentangk­an di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Masidi Manjun ketika membentang­kan usul berkenaan berkata usul itu juga bertujuan memastikan anggota Parlimen di Sabah meneruskan usaha untuk berunding dengan pihak-pihak berkenaan bagi melaksanak­an pindaan itu di Parlimen secepat mungkin.

Dalam pada itu, seorang penganalis­is politik yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sabah Dr Lee Kuok Tiung berpendapa­t sekiranya pindaan perlembaga­an itu dibawa semula ke Dewan Rakyat ia perlu ditambah baik dari segi intipati pindaan perkara itu.

Beliau berkata penambahba­ikan itu juga perlu mencermink­an aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang sekian lama mengharapk­an hak sama rata dengan Semenanjun­g.

“Oleh itu tidak perlulah menyalahka­n sesiapa apabila pindaan itu gagal mendapat undian sokongan dua pertiga di Parlimen dan sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada penambahba­ikan intipati pindaan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata merujuk kepada intipati pindaan perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n yang dibentangk­an di Parlimen baru-baru ini, pastinya rakyat di negara ini yang mempunyai kadar literasi tinggi mampu menilai kandungan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada 9 April lepas, RUU Perlembaga­an Persekutua­n (Pindaan)2019itudib­entangkan untuk bacaan kali kedua dalam usaha mengembali­kan status Sabah dan Sarawak seperti mana yang termaktub dalam MA63, namun RUU itu gagal menerima undi dua pertiga atau 148 undi yang diperlukan.

Hanya 138 anggota Parlimen menyokong manakala 59 termasuk wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak tidak mengundi. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia