Utusan Borneo (Sabah)

APMM gagalkan cubaan seludup barangan kawalan bersubsidi

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup barang kawalan dan subsidi ke negara jiran, Indonesia dan Filipina.

Rampasan kesemua barangan kawalan dan subsidi seperti 264kg gula pasir, 84kg tepung gandum serta 150 tong minyak petrol itu dilakukan oleh APMM secara berasingan.

Mengikut rekod, gula pasir dan tepung gandum itu dirampas di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik, manakala rampasan petrol pula berhampira­n Pulau Bum-Bum Semporna.

Dalam kes pertama, Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau Komander (M) Mohd Yusri Hussin berkata rampasan dilakukan pada Isnin kirakira jam 9.30 pagi.

“Rampasan dilakukan hasil pemeriksaa­n terhadap sebuah bot penumpang tempatan jenis gentian kaca menerusi tugas rutin Operasi Pluto Timur,” katanya di sini pada Selasa.

Dalam operasi itu, katanya, APMM Tawau turut menahan juragan bot, seorang remaja lelaki, 15, yang membawa seorang penumpang wanita, 37, disyaki warga asing.

Menurutnya, juragan dan penumpangn­ya gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri dan kebenaran membawa barangan terbabit daripada pihak berkaitan.

“Kita juga merampas dua tong gas petroleum cecair serta menahan bot dan enjin sangkut berkapasit­i 60 kuasa kuda (HP) yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai RM26,000.

“Rampasan kes kedua pula melibatkan petrol berjaya dilakukan APMM Semporna selepas penahanan sebuah bot kargo kira-kira jam 8 malam Isnin kerana dilihat mencurigak­an,” katanya.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Norrimi Hassan berkata bot kargo itu ditahan bersama dua kru yang berumur 60 tahun dan 40-an, disyaki lelaki warga asing.

“Kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun anggota penguatkua­sa kita berjaya mengejar mereka sebelum menahan bot kargo terbabit dan menjalanka­n pemeriksaa­n.

“Rampasan petrol, bot dan enjin sangkut bernilai kirakira RM24,500,” katanya sambil mengesahka­n kes itu kes kedua bahan bakar dilaporkan di Semporna pada tahun ini.

Utusan Borneo turut difahamkan bahawa siasatan terhadap kedua-dua kes berkenaan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? SEORANG juragan remaja lelaki ditahan bersama penumpangn­ya, seorang wanita kerana disyaki cuba menyeludup gula pasir dan tepung gandum ke Indonesia.
SEORANG juragan remaja lelaki ditahan bersama penumpangn­ya, seorang wanita kerana disyaki cuba menyeludup gula pasir dan tepung gandum ke Indonesia.
 ??  ?? DUA lagi suspek ditahan di perairan Semporna kerana disyaki cuba menyeludup petrol ke Filipina.
DUA lagi suspek ditahan di perairan Semporna kerana disyaki cuba menyeludup petrol ke Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia