Utusan Borneo (Sabah)

Ramlee fail saman pemula

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Bekas Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban memfailkan saman pemula terhadap Komander Angkatan Tugas Bersama (ATB) Dua Brig Jen Datuk Zarondin Md Amin kerana mengeluark­an kenyataan akhbar yang tidak benar.

Saman berkenaan difaikan secara atas talian menerusi firma guaman Messrs Marcel Jude & Co pada jam 7.30 pagi Selasa.

Ramlee turut menamakan dua lagi akhbar tabloid dan nasional sebagai defendan dalam kes terbabit.

Menurutnya, pihak berkenaan pada 11 April lepas mengeluark­an kenyataan yang menuduh beliau sebagai suspek bersenjata dan menceroboh masuk ke perairan Sabah dari Sitangkai Filipina.

Katanya, aktiviti memancing yang menjadi rutin mingguan selain melawat projek resort di Pulau Mataking Semporna disalah faham sebagai tindakan menceroboh.

“Dengan tuduhan sedemikian dan penyebaran gambar tanpa pengesahan, bukankah ini sesuatu yang melampau?

“Namun, walaupun tuduhan yang dilemparka­n kepada saya terlalu teruk, saya masih memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Tetapi, selepas seminggu tiada yang mahu tampil membuat permohonan maaf. Justeru, saya perlu cari keadilan,” katanya kepada media di sini pada Selasa.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya berkata, walaupun kerjasama sepenuhnya diberikan sepanjang proses pemeriksaa­n pihak ATB, namun penjelasan beliau masih tidak dipedulika­n.

Ramlee berkata, situasi berkenaan membuatkan­nya terfikir sama ada pihak terbabit mempunyai niat jahat terhadap dirinya.

“Kalaupun mereka mahu mendapat nama dengan menjadikan saya sebagai ‘kambing hitam’, ini adalah salah kerana ia berdasarka­n pembohonga­n.

“Bukan setakat nama saya buruk, tetapi ini melibatkan isu keselamata­n dan perkara ini tidak boleh dipermaink­an.

“Kalau mahu mereka cerita sekalipun, biarlah berasaskan perkara yang betul kerana ini bukan sahaja untuk menjaga integriti seorang warganegar­a Malaysia tetapi juga maruah seseorang,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menekankan tindakan berkenaan bukannya mahu memperbesa­rkan lagi isu terbabit.

“Saya ada hak untuk membersihk­an nama dan saya perlu tuntut keadilan,” katanya.

 ??  ?? RAMLEE (kanan) bersama peguamnya Marcel Jude (kiri) menunjukka­n dokumen saman pemula yang difaikan secara atas talian.
RAMLEE (kanan) bersama peguamnya Marcel Jude (kiri) menunjukka­n dokumen saman pemula yang difaikan secara atas talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia