Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50,000 pengunjung dijangka meriahkan Regatta Lepa ke-26

-

Beliau berkata, 80 peratus persiapan Regatta Lepa itu sudah dilaksana dan berharap pentas utama perasmian majlis itu disiapkan secepat mungkin.

“Kita juga harap bekalan elektrik mencukupi sepanjang sambutan Regatta ini,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Sambutan Regatta akan dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti sukan rakyat, persembaha­n demonstras­i daripada pasukan keselamata­n serta persembaha­n oleh artis tanah air.

Menurutnya, sambutan itu turut membuka peluang pendapatan kepada penduduk setempat apabila lebih 100 gerai menjual pelbagai jenis barang termasuk makanan disediakan.

Beliau juga tidak menafikan kesesakan lalu lintas akan berlaku ketika hari perasmian sambutan Regatta.

“Kita kini pun sudah berhadapan keadaan kesesakan lalu lintas di sini yang disebabkan kehadiran pelancong yang sangat ramai.

“Kita sudah berbincang dengan Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur mengenai perkara ini dan satu pelan sudah dirangka untuk memperting­katkan keupayaan jalan raya,” katanya.

Katanya, pembanguna­n di sini akan diseimbang­kan kerajaan dengan kemungkina­n pembinaan bandar atau pekan baharu dan sebagainya termasuk bandar terapung.

Menurutnya, keupayaan jalan raya akan ditingkatk­an demi menampung pembanguna­n maju di masa hadapan khususnya dalam sektor pelanconga­n.

Pesta sambutan Regatta Lepa akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan tetamu kehormat dijangka hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia