Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pertanian diperkasa

Beri tumpuan pembanguna­n tanaman, usahawan dan penyelidik­an

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada pembanguna­n tanaman, penyelidik­an, akreditasi dan pensijilan, penguatkua­saan kuarantin, pembanguna­n usahawan tani serta pengeluara­n makanan.

“Pengeluara­n makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk tanaman makanan organik juga turut diberi tumpuan. Ia adalah bagi memantapka­n lagi sub sektor tanaman bagi tahun 2019 berdasarka­n sektor pertanian merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata tanaman nanas MD2, kelapa matag dan tacunan, pisang saba dan durian musang king juga harus menjadi keutamaan memandangk­an tananam berkenaan mempunyai potensi besar di pasaran tempatan dan juga eksport di samping tananam lain.

“Strategi yang telah dirancang bagi membangunk­an tanaman berkenaan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Wilayah Selatan (SRDP) dan Pelan Pembanguna­n Wilayah Timur (ERDP) perlu diambil tindakan sewajarnya.

“Saya menyokong penuh polisi Jabatan Pertanian untuk memberi keutamaan kepada tanaman makanan termasuk buah-buahan berbanding tanaman sawit,” katanya ketika merasmikan Majlis Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah ke-37 di sebuah hotel terkemuka di sini, pagi Selasa.

Teks ucapan beliau telah disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan pegawai kanan Jabatan Pertanian Sabah serta ketuaketua jabatan persekutua­n dan negeri.

Junz berkata pemasaran merupakan aspek terpenting untuk memastikan hasil tanaman makanan dapat diketengah­kan kepada pengguna tempatan dan luar negara.

“Untuk itu, kerjasama dengan sektor pertanian khususnya di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa perlu diwujudkan. Kita perlu mengambil kira beberapa perkara iaitu penjenamaa­n untuk menembusi pasaran antarabang­sa, ketekalan, kualiti, kelestaria­n serta pensijilan,” katanya.

Selainitu,katanya,kerjasama dengan jabatan dan agensi dalamsekto­rpelancong­anperlu diwujudkan dan menyeru agar Jabatan Pertanian dan Fama bekerjasam­a bagi memasarkan produk-produk pertanian ke peringkat antarabang­sa.

Dalam pada itu, Junz turut mahu Jabatan Pertanian Sabah memain peranan dalam mengelakka­n ancaman ‘Invasive Alien Species’ (IAS) daripada menjejaska­n sektor pertanian di negeri ini.

“Memandangk­an kemasukan ancaman IAS ini dipercayai berpunca dari luar, maka semua pintu masuk tumbuhan atau tanaman dari luar negara haruslah dikawal selia dengan ketat.

“Pelan tindakan terperinci bagi mengelakka­n kemasukan sebarang ancaman perosak baharu yang boleh menjejaska­n sektor pertanian dan ekonomi di negeri ini perlu disediakan dan diimplemen­tasikan,” katanya.

Beliau berkata orang awam juga harus diberi kesedaran agar tidak melanggar manamana ketetapan dalam peraturan soal keselamata­n industri pertanian di negeri ini agar sentiasa terpelihar­a dan bebas daripada ancaman IAS.

Junz juga mahu Jabatan Pertanian Sabah mengambil kira perubahan teknologi dan keperluan semasa dengan memperkena­l serta memperkasa­kan kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional dalam bidang pertanian di pusatpusat latihan jabatan itu.

 ??  ?? DAUD menerima buku kenangan Taman Pertanian Sabah disampaika­n Idrus.
DAUD menerima buku kenangan Taman Pertanian Sabah disampaika­n Idrus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia