Utusan Borneo (Sabah)

Dera dua anak: Hukuman terhadap ibu dikurang kepada dua tahun

-

KOTA KINABALU: Seorang ibu yang dikenakan penjara 30 tahun dapat menarik nafas, apabila tempoh hukumannya dikurangka­n kepada dua tahun atas dua kesalahan mendera sepasang anaknya.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad memberikan peluang berkenaan kepada ibu berusia 33 tahun, selepas membenarka­n rayuan perayu atas hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen.

Beliau juga memerintah­kan selepas tamat tempoh penjara, perayu dikenakan bon berkelakua­n baik selama tiga tahun dengan RM1,000 tanpa deposit dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Katanya anak-anak terbabit tidak boleh dipisahkan daripada ibu mereka dan beliau membenarka­nperayuber­temu dengan dua anaknya.

“Anak-anak harus dibenarkan berjumpa dengan ibu mereka. Kita tidak harus terus menghukum, kita perlu melihat kepada sosial dan budaya kita,” katanya.

Menurut Nurchaya walaupun seorang kanakkanak menjadi nakal, seharusnya perayu tidak boleh mencucuh puntung rokok kepada anak-anaknya akibat daripada tekanan hidup.

“Mereka (mangsa) menyatakan tidak mahu balik ke rumah kerana anda asyik marah dan memukul mereka.

“Bukan begitu caranya mengajar anak hanya disebab masalah dengan suami pertama kamu. Rotan apabila patut diajar, merantai anak tidak betul,” katanya kepada perayu.

Terdahulu perayu menyatakan bertindak demikian kerana anaknya tidak pulang ke rumah dan pernah mendapati salah seorang anaknya merokok.

“Anak-anak saya selalu keluar rumah. Jika saya tidak rantai, mereka tidak pulang, “katanya.

Sementara itu, Nurchaya juga dimaklumka­n sekarang ini kedua-dua anak perayu berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan, hal ini kerana kakaknya tidak mempunyai sijil nikah.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen mengenakan penjara 15 tahun dan denda RM50,000 atau penjara enam bulan bagi setiap kesalahan terhadap perayu selepas mengaku salah, dan hukuman berjalan berasingan.

Mahkamah rendah juga mengenakan bon berkelakua­n baik selama tiga tahun dengan deposit sebanyak RM1,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan, selain menjarakka­n diri 100 meter daripada keduadua anaknya.

Zulimerrya­na mendera anak perempuann­ya yang berusia 11 tahun pada 1 Januari hingga 31 Julai tahun lalu, di sebuah rumah di kuarters perumahan kilang udang Warisan Hikmat di Kampung Sarang, daerah Kota Belud.

Kesalahan sama dilakukan terhadap anak lelakinya yang berusia 9 tahun, pada 31 Julai tahun lalu di tempat sama.

Untuk itu, perayu disabitkan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dikenakan penjara selama 20 tahun atau denda maksimum RM50,000, atau kedua-duanya.

Nurchaya memerintah­kan kedua-dua hukuman berjalan berasingan.

Peguam Michelle Rosana Usman mewakili perayu dan Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip mewakili pihak pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia