Utusan Borneo (Sabah)

Penagih berulang kekal dipenjara 19 tahun, 13 sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan kekal menjalani hukuman penjara selama 19 tahun dan 13 sebat, atas kesalahan berulang menggunaka­n dan memiliki dadah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Roslin Jamrin, 33, selepas mengetepik­an rayuan perayu atas hukuman.

Menurut Timbalan Pendakwara­ya Mohd Khairuddin Idris, perayu dikenakan hukuman minimum penjara selama tujuh tahun dan tiga sebat pada 22 Mac tahun lalu selepas mengaku salah menggunaka­n dadah buat kali ketiga.

Kesalahan dilakukan pada 29 Januari tahun lalu jam 1.45 pagi di Balai Polis Kinaurt, daerah Papar.

Perayu disabitkan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 C (2) akta sama, penjara antara tujuh tahun hingga 13 tahun serta tidak kurang tiga dan tidak melebihi enam sebat.

Sementara pada 30 Ogos tahun lalu, perayu dikenakan penjara 12 tahun dan 10 sebat selepas didapati bersalah memiliki dadah seberat 35.32 gram.

Perayu didapati memiliki dadah jenis Methamphet­amine itu pada 10 Julai 2017 di Jalan Kampung Sembulan Lama di sini.

Ataskesala­hanitu,perayu didakwa mengikut Seksyen 12 akta sama yang dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, penjara seumur hidup atau tidak kurang tempoh lima tahun, serta minimum 10 sebat.

Semasa rayuan Roslin yang tidak diwakili peguam menyatakan dirinya terjebak dalam kancah dadah disebabkan masalah keluarga.

“Saya ada masalah dengan abang saya yang mabuk setiap hari, selain merosakkan harta benda di rumah, abang saya juga mengajak bergaduh.

“Saya menjual produk pewangi selepas keluar daripada penjara pada 10 April 2017. Semasa berjumpa dengan rakan lama, saya dapati di persekitar­an saya lebih ramai mengambil dadah,” katanya.

Oleh itu, perayu memohon hukumannya diringanka­n dan berkata mengambili­ktibardari­pada kesalahan lampaunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia