Utusan Borneo (Sabah)

Bekas peguam didakwa pecah amanah

-

SEREMBAN: Bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas dakwaan pecah amanah berjumlah RM198,592.50, sembilan tahun lepas.

Tertuduh, R. Ledchumiah, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim G. Ramesh selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu peguam bela dan peguam cara di sebuah firma guaman didakwa tidak memberikan wang pampasan berjumlah RM198,592.50 yang dibayar oleh Kementeria­n Kewangan kepada anak guamannya, Maimumah Lanjung, 63, sebagai pembayaran wang pampasan di bawah penghakima­n Mahkamah Sesyen Seremban.

Dengan itu, beliau didakwa melakukan pecah amanah dengan menggunaka­n wang itu bagi kegunaan sendiri.

Kesalahan itu dilakukan di Firma Guaman Tetuan Ramamoorth­y Ledchumiah & Co, Seremban, pada 3 Sept 2010.

Ledchumiah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam N. Maniam memohon mahkamah membenarka­n ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin memandangk­an anak guamnya kini telah kehilangan sumber pendapatan serta penghidap diabetes.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Akmal Mohd Azri sebelum itu memohon mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan supaya tertuduh menyerahka­n pasport kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampira­n setiap bulan.

Bagaimanap­un, Hakim Ramesh membenarka­n tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri pada Ahad minggu pertama setiap bulan di balai polis berhampira­n.

Mahkamah menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia