Utusan Borneo (Sabah)

Timba ilmu melalui pembacaan

Japen Sahut Seruan Jom Baca Bersama 10 Minit

-

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Malaysia Sabah (Japen) menyahut seruan Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) sempena program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ yang berlangsun­g serentak di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Japen Sabah Yunus Saprin berkata, warga Japen perlu terus menambah ilmu pengetahua­n sedia ada melalui pembacaan.

“Pada masa kini, membaca tidak hanya terhad kepada buku, majalah atau bahan bacaan bercetak sahaja tetapi kita dengan mudah boleh mengakses maklumat dan mendapatka­n pengetahua­n baharu melalui capaian internet.

“Oleh itu, saya berharap agar warga Japen terus menimba ilmu melalui pembacaan kerana ini adalah satu amalan yang sangat dituntut sehingga ayat pertama yang diturunkan dalam al-Quran adalah ‘bacalah’,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS) Japen Razif Chek Hashim berkata, tujuan utama program itu adalah bagi menyahut seruan PNM dalam menyemarak­kan

SUASANA sekitar program membaca selama 10 minit bermula jam 11 pagi.

amalan membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia.

“Terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh melalui pembacaan, bukan hanya menambah pengetahua­n malah membolehka­n pembaca berimagina­si melalui penulisan bukan fiksyen.

“Ia merupakan sokongan semua perpustaka­an di Malaysia bersama pihak kerajaan dalam meningkatk­an pembudayaa­n membaca dalam kalangan masyarakat,” katanya semasa program itu di Pusat Sumber, Jabatan Penerangan Sabah di sini pada Selasa.

Selain aktiviti membaca bersama bermula jam 11 pagi itu, warga J a pen turut berpeluang mendengar perkongsia­n Ted Talk oleh Melanie Marcellina Kinjawan bertajuk ‘Bagaimana Penulisan Sastera Membentuk Minda’.

Dalam pada itu, Pusat Sumber Japen Sabah turut membuka rak khas dinamakan ‘Apresiasi Rak’ bagi perkongsia­n buku baharu atau terpakai daripada warganya sebagai usaha mempelbaga­ikan bahan bacaan.

Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di seluruh negara yang dianjurkan oleh PNM dengan penglibata­n semua masyarakat serta pelbagai agensi kerajaan sejak tahun 2014.

“Pada masa kini, membaca tidak hanya terhad kepada buku, majalah atau bahan bacaan bercetak sahaja tetapi kita dengan mudah boleh mengakses maklumat dan mendapatka­n pengetahua­n baharu melalui capaian internet. ” YUNUS SAPRIN

Timbalan Pengarah Japen Sabah

 ??  ?? WARGA Japen Sabah merakam gambar kenangan selepas Program Jom Baca Bersama 10 Minit.
WARGA Japen Sabah merakam gambar kenangan selepas Program Jom Baca Bersama 10 Minit.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia