Utusan Borneo (Sabah)

Sedco sahut seruan kerajaan

Laksana ABMS untuk banteras pelanggara­n integriti

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) menyahut seruan kerajaan bagi membantera­s pelanggara­n integriti dengan melaksanak­an ‘Anti-Bribery Management Systems’ (ABMS).

Pengurus Besar Kumpulan Sedco Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir berkata, pelaksanaa­n ABMS merupakan tanda komitmen perbadanan itu dan kakitangan­nya dalam menyokong hasrat kerajaan untuk mencegah sebarang aktiviti rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa dan khususnya yang melibatkan rasuah.

Ia juga bertujuan memperkasa imej perbadanan agar lebih berintegri­ti serta memberikan panduan bagi menambah baik sistem pengurusan menjadi lebih proaktif dalam menangani gejala rasuah.

“Selain itu, untuk memantapka­n kecekapan tadbir urus dan memastikan agar sistem penyampaia­n perkhidmat­an

“Pelaksanaa­n ABMS merupakan tanda komitmen perbadanan itu dan kakitangan­nya dalam menyokong hasrat kerajaan untuk mencegah sebarang aktiviti rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa dan khususnya yang melibatkan rasuah. ” DATUK PENGIRAN SAIFUDDIN PENGIRAN TAHIR Pengurus Besar Kumpulan Sedco

menjadi yang terbaik, telus dan amanah.

“Pihak pengurusan Sedco akan sentiasa membuat pemantauan menyeluruh serta memberikan tumpuan kepada komunikasi dalaman dan berharap agar semua warga Sedco dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap standard ini bagi memastikan keberkesan­an pelaksanaa­nnya.

“Syabas dan tahniah turut diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya Unit Intergriti Sedco dalam merancang dan melaksanak­an ABMS dan diharap dengan terlaksana­nya ABMS ini imej serta kualiti perbadanan dapat dimantapka­n ke arah mencapai matlamat organisasi untuk menyampaik­an perkhidmat­an yang cekap dan berterusan,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Sedco Azrul Ahmad dalam Majlis Pelancaran dan Taklimat Dalaman MS ISO 37001:2016 ABMS Perbadanan Ekonomi Sabah, di sini pada Selasa.

Sistem piawaian yang dikenali Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 ABMS dilancarka­n pada Oktober tahun lalu oleh Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Standard Malaysia dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Sedco merupakan agensi pertama di peringkat negeri Sabah yang melaksanak­an sistem itu.

Turut hadir, Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi dan Peguam Besar Negeri Sabah merangkap Ahli Lembaga Pengarah Sedco Datuk Zaleha Rose Pandin.

 ??  ?? PESERTA taklimat merakam gambar kenangan bersama Azrul (duduk, tengah), Zaleha (dua dari kanan) dan Sazali (dua dari kiri).
PESERTA taklimat merakam gambar kenangan bersama Azrul (duduk, tengah), Zaleha (dua dari kanan) dan Sazali (dua dari kiri).
 ??  ?? AZRUL (tiga dari kanan), Zaleha (empat dari kanan) dan Sazali (dua dari kanan) bersama para jemputan pada majlis berkenaan.
AZRUL (tiga dari kanan), Zaleha (empat dari kanan) dan Sazali (dua dari kanan) bersama para jemputan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia