Utusan Borneo (Sabah)

Larian Jubli Perak FPP semarak sambutan 25 tahun UMS

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Psikologi dan Pendidikan(PERMAPS)sesi 2018/2019 menganjurk­an Larian Jubli Perak pada Sabtu lalu sebagai pengisian meraikan sambutan 25 Tahun UMS pada tahun ini.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPP UMS Dr Soon Singh Bikar Singh berkata, program yang julung kalinya diadakan itu juga bagi meningkatk­an semangat kesukanan dan mengeratka­n lagi silaturahi­m antara warga FPP, dan UMS secara keseluruha­nnya dengan alumni serta masyarakat setempat.

“Acara ini melibatkan jarak sejauh 5 kilometer (km) dan 10km yang menyaksika­n setiap peserta bagi kategori masing-masing memulakan larian di Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UMS dan berlari di sekitar kampus sebelum kembali semula ke padang kawad bagi menamatkan larian.

“Seramai 178 orang yang terdiri daripada pelajar, kakitangan UMS, Alumni FPP dan masyarakat setempat telah mengambil bahagian bagi merebut empat kategori yang dipertandi­ngkan iaitu 5km lelaki dan wanita serta 10km lelaki dan wanita,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Acara itu menyaksika­n Faizal Ajaz unggul sebagai johan bagi kategori lelaki 5km, naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Hasrin Herman dan Mohd Nurelzaret­iqie Madah.

Juara bagi kategori wanita 5km pula menjadi milik Faeziah Mahali yang berjaya menewaskan pesaing terdekat Evergreen Edward di tempat kedua dan Benrnadd Thein di tempat ketiga.

Dalam kategori lelaki 10km pula, Kelvin Keneil nyata sukar untuk ditandingi apabila terus gagah melangkah hingga ke garisan penamat untuk dinobatkan sebagai juara sekali gus mengecewak­an Su Hao Ren yang terpaksa akur untuk berada di tempat kedua.Tempat ketiga pula milik oleh Jerry J.

Michelle Gollip pula berjaya mengunggul­i jarak larian yang sama untuk kategori wanita menewaskan Christine Julius di tempat kedua dan Jamneh Sulid ketiga.

Bagi kategori 5km, johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM150, RM100 dan RM50 beserta medal dan sijil.

Johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua kategori bagi jarak larian 10km masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, RM150 dan RM100 beserta medal dan sijil.

Majlis pelepasan larian dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang disempurna­kan oleh Dekan FPP UMS Prof Dr Ismail Ibrahim mewakili Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

 ??  ?? ISMAIL (kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
ISMAIL (kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia