Utusan Borneo (Sabah)

Kemajuan sesuatu bangsa terletak pada kebijaksan­aan

- Oleh JOHN TAMBANAN

ILMU pengetahua­n diperolehi melalui pembacaan dapat mengawal pemikiran dalam membentuk martabat sesuatu bangsa dan negara.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Haji Mingu Haji Juman berkata, bangun atau jatuhnya sesuatu bangsa itu terletak pada kebijaksan­aan bangsa itu sendiri.

Berucap merasmikan pelancaran program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit peringkat negeri Sabah di ibu pejabat Perpustaka­an Negeri Sabah (PNS), Kota Kinabalu pada Selasa, beliau berkata budaya minat membaca perlu dipupuk sejak usia muda yang bermula dari satu institusi keluarga.

“Tapi, bahan bacaan yang bagaimana kita berikan kepada anak kita? Di sinilah signifikan Perpustaka­an Negeri Sabah sebagai sebuah gedung ilmu yang berperanan menerajui program ini,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Moria David.

Mingu berkata, perpustaka­an bertanggun­gjawab menyediaka­n bahan-bahan bacaan yang bermutu, mengandung­i pemikiran, kreativiti dan imaginasi sesuai mengikut tahap pembaca dalam bentuk buku khususnya serta digital, bersesuaia­n dalam era pendigital­an.

“Sementara, tanggungja­wab masyarakat adalah memanfaatk­an semua perkhidmat­an yang disediakan secara bijaksana,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Kanan PNS Maria Sinti berkata, Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat negeri adalah prograrm di bawah Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah dan diurusetia­kan PNS dengan kolaborasi daripada pelbagai agensi iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara, Institut Pendidikan Guru, Politeknik Kota Kinabalu, Institut Aminudin Baki, Perpustaka­an Penyelidik­an Borneo Tun Haji Mohd Fuad Stephens, Institut Pengajian Swasta Kolej Sidma, Kolej INTI, Jabatan Pertanian Sabah serta agensi kerajaan negeri.

Beliau berkata, program itu adalah satu inisiatif membaca di bawah kelolaan Majlis Pengarah Perpustaka­an SeMalaysia yang telah dimulakan pada tahun 2014.

“la merupakan usaha dan sokongan kepada kerajaan ke arah meningkatk­an tabiat atau budaya membaca dalam kalangan masyarakat,” katanya.

 ??  ?? MORIA (tengah) dan Maria bersama para pegawai, kakitangan dan para pelajar menunjukka­n poster Jom Membaca.
MORIA (tengah) dan Maria bersama para pegawai, kakitangan dan para pelajar menunjukka­n poster Jom Membaca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia