Utusan Borneo (Sabah)

SMA MAIWP Labuan kekal cemerlang

Keputusan SPM 2018 meningkatk­an GPS kepada 3.30

-

LABUAN: Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (SMA MAIWP) Labuan telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Graduasi bagi meraikan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang cemerlang dalam peperiksaa­n akhir tahun 2018.

Seramai 183 pelajar yang menerima anugerah dan 41 graduan lepasan Tingkatan 5 telah diraikan dalam majlis yang diadakan dengan gilang-gemilang itu.

Matlamat sambutan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Graduasi adalah bagi memberi dorongan dan memotivasi­kan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

Pengetua Ustaz Mohd Hasnizan Hasin berkata, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 telah meningkatk­an Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 3.30 dan seorang pelajar berjaya memperoleh­i 10A.

Sementara pelajar Labuan, Mursyidah Syamsuar berjaya memperoleh 11A dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) 2018.

Beliau berkata SMA MAIWPL juga telah berjaya mengekalka­n 100 peratus kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama empat tahun berturut-turut (20152018).

“Kecemerlan­gan seperti ini hendaklah sentiasa ditingkatk­an bagi menghasilk­an generasi yang mampu menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan juga negara,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin di Dewan Utama Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

Menurut Raisin, pendidikan bukan hanya berlaku di sekolah, ibu bapa juga perlu menitikber­atkan soal pembelajar­an secara berterusan di rumah.

Katanya, sebagai ibu bapa mereka perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasab­ah.

“Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anakanak balik ke rumah dan terus dapat diaplikasi­kan oleh mereka dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata fenomena itu bertepatan dengan kata pujangga bahawa proses pembelajar­an adalah berterusan dan perlulah sentiasa berlaku walaupun sehingga ke liang lahad.

Sementara itu, Anugerah Tokoh Pelajar telah diberikan kepada pelajar Tingkatan 5, Mohd Laden Seydesi atas pencapaian beliau yang cemerlang dalam bidang akademik dengan memperoleh­i 10A dalam SPM 2018.

Beliau yang berasal dari Tawau, Sabah turut merangkul tujuh Anugerah Pelajar Terbaik mengikut mata pelajaran dan tingkatan bagi tahun 2018.

Mohd Laden juga berazam melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan kerana beliau amat meminati bidang perubatan pergigian dan bercitacit­a ingin menjadi seorang doktor.

“Saya akan terus berusaha bagi mencapai impian itu sekali gus menggembir­akan kedua ibu bapa saya,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada semua guru SMA MAIWP Labuan yang sentiasa gigih membimbing pelajar sekolah berkenaan.

Sebanyak 26 kategori anugerah telah disampaika­n dalam program itu.

Hasnizan mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada 27 guru yang terdiri daripada lapan guru lelaki dan 19 guru perempuan yang berusaha gigih mendidik pelajar SMA MAIWP selama ini.

Turut hadir, Ketua Polis Labuan Superitend­an Mohamad Farid Ahmad, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan Ustaz Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir, Yang Dipertua PIBG Ustaz Ahmad Junid Alling serta Pegawai Perhubunga­n Sekolah Inspektor Roslan Rahmad.

 ??  ?? RAISIN (empat kiri) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMA MAIWP Labuan 2018 sambil diperhatik­an Hasnizan (tiga kiri), Ahmad Saifuddin (kiri) dan Ahmad Junid (dua kiri).
RAISIN (empat kiri) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMA MAIWP Labuan 2018 sambil diperhatik­an Hasnizan (tiga kiri), Ahmad Saifuddin (kiri) dan Ahmad Junid (dua kiri).
 ??  ?? MOHD Laden (berdiri, kiri) bersama rakan-rakannya menunjukka­n sijil dan bunga yang diterima pada majlis itu.
MOHD Laden (berdiri, kiri) bersama rakan-rakannya menunjukka­n sijil dan bunga yang diterima pada majlis itu.
 ??  ?? MURSYIDAH bersama Mohd Laden.
MURSYIDAH bersama Mohd Laden.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Laden bersama kedua ibu bapanya.
MOHD Laden bersama kedua ibu bapanya.
 ??  ?? PELAJAR lelaki bersiap sedia untuk menaiki pentas.
PELAJAR lelaki bersiap sedia untuk menaiki pentas.
 ??  ?? IBU bapa juga hadir memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
IBU bapa juga hadir memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
 ??  ?? PELAJAR perempuan berdebar menanti giliran.
PELAJAR perempuan berdebar menanti giliran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia