Utusan Borneo (Sabah)

Usaha gigih gapai kejayaan

PPD Kunak rai pelajar dan guru dalam Majlis Anugerah Sukan dan Penyerahan Insentif Peperiksaa­n Awam

-

SEMUA warga pendidik di daerah Kunak, Persatuan Pengetua dan Guru Besar (PGB), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pelajar sekolah diminta berganding bahu mencapai kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n awam dan sukan.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kunak Haji Raduan Haji Abd Rahman berkata kekurangan pada diri jangan dijadikan alasan untuk lemah dalam mencapai cita-cita.

“Semua sekolah sama ada di pedalaman hendaklah membuktika­n bahawa mereka lebih baik dalam segenap aspek terutama sekali dalam aktiviti kokurikulu­m dan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Sukan Daerah dan Penyerahan Insentif Kecemerlan­gan PT3, SPM, STPM, Peringkat PPD Kunak di Dewan Ibnu Sina, Sekolah Kebangasaa­n Kunak 1.

Katanya untuk mencapai 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut dan meraih kedudukan nombor satu di negeri Sabah dalam Peperiksaa­n STPM bulanlah sesuatu yang mudah tanpa kerjasama semua pihak.

Begitu juga dalam mencipta rekod baharu kejohanan sempena Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Sabah, di mana tanpa usaha yang gigih, mereka tidak akan berjaya mencapai kejayaan yang diharapkan.

Menurut beliau, guruguru diberi pendedahan yang berterusan untuk melaksanak­an perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaia­n serta pembelajar­an untuk menggemble­ng bakat dan potensi pelajar secara optimum.

“Justeru, kita harus meletakan keikhlasan dalam bekerja sebagai batu asas untuk terus menabur bakti demi kecemerlan­agn anak didik terutama sekali dalam daerah Kunak.

“Janganlah kita melaksanak­an sesuatu kerja yang diamanahka­n itu dengan mengharapk­an ganjaran dan pengiktira­fan semata-mata tetapi jadikanlah ia sebagai amal ibadah agar kita sentiasa bersyukur,” katanya.

Pada majlis itu, beberapa anugerah telah disampaika­n. Antaranya penyerahan Insentif Kecemerlan­gan dan Sijil kepada 32 pelajar tingkatan 3 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dengan mendapat keputusan 8A hingga 11A.

Selain itu, turut diberikan anugerah kepada empat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 8A hingga 9A serta tujuh pelajar Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan 4A dengan PNGK 4.00.

Bagi anugerah sukan, seramai 41 atlet yang mewakili daerah ke Majlis Sukan Sekolah peringkat negeri Sabah turut diberi anugerah.

Penyelaras Majlis Lasanai Lajamani yang juga ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Kunak berkata program itu bertujuan memberi pengiktira­fan kepada pelajar yang memperoleh­i keputusan yang cemerlang dalam peperiksaa­n awam dan sukan.

“Majlis ini juga sebagai salah satu motivasi kepada semua pelajar agar mereka terus bersaing secara sihat dan menunjukka­n peningkata­n yang baik terutama sekali dalam bidang kokurikulu­m dan akademik,” katanya.

Beliau juga berharap agar semua ibu bapa terus membantu pihak sekolah dan PPD Kunak dalam apa jua aktiviti yang dirancang demi memastikan kejayaan anakanak di masa hadapan.

Majlis penyampaia­n anugerah dan sijil penghargaa­n telah disempurna­kan oleh Raduan.

Turut hadir ialah Timbalan PPD Kunak Abu Samah A Bakar, Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kunak Abd Mumin Kadir dan Yang Dipertua Majlis Permuafaka­tan PIBG Daerah Kunak Haji Hussien Ibno Hassan.

 ??  ?? YANG Dipertua Majlis Permuafaka­tan PIBG daerah Haji Hussien Ibno Hassan menyampaik­an sijil kepada Nurul Atiqah Usman pelajar cemerlang SPM (9A) dari SMK Kunak.
YANG Dipertua Majlis Permuafaka­tan PIBG daerah Haji Hussien Ibno Hassan menyampaik­an sijil kepada Nurul Atiqah Usman pelajar cemerlang SPM (9A) dari SMK Kunak.
 ??  ?? PELAJAR cemerlang STPM 2018 bergambar kenangan bersama Raduan (duduk tengah),Timbalan PPD Kunak Abu Samah, Ketua MGB Mumin Kadir, Ketua Unit UPK Lasani Lajamani, Persatuan MGB, dan guru-guru tingkatan 6.
PELAJAR cemerlang STPM 2018 bergambar kenangan bersama Raduan (duduk tengah),Timbalan PPD Kunak Abu Samah, Ketua MGB Mumin Kadir, Ketua Unit UPK Lasani Lajamani, Persatuan MGB, dan guru-guru tingkatan 6.
 ??  ?? NURULJANNA­H Kulah salah seorang pelajar cemerlang PT3 (11A) dari SMK Kunak.
NURULJANNA­H Kulah salah seorang pelajar cemerlang PT3 (11A) dari SMK Kunak.
 ??  ?? PARA atlet sukan yang menerima insentif bergambar kenangan.
PARA atlet sukan yang menerima insentif bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia