Utusan Borneo (Sabah)

Projek naik taraf Jalan Pasai Siong bermula

-

SIBU: Setelah berdekad-dekad lamanya menanti jalan dinaik taraf, penduduk rumah panjang di Pasai Siong dekat sini menarik nafas lega apabila suara dan permintaan mereka selama ini telah didengari kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Jalan Pasai Siong disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing di Rumah Layang Ngelai, Pasai Siong Ili pada Sabtu lepas.

Tuai Rumah Layang dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur dan bangga atas keprihatin­an kerajaan GPS yang telah mendengar keluhan mereka selama ini.

"Masalah penduduk Pasai Siong akhirnya telah didengari GPS di mana kita sudah berpuluhpu­luh tahun memohon, bercakap mengenainy­a.

"Dengan adanya jalan yang bertar (berturap) maka ia akan memudahkan serta mempercepa­tkan urusan kita yang menggunaka­nnya," ujarnya sambil merakamkan penghargaa­n kepada Masing, Gira dan Abang Johari atas keprihatin­an mereka meluluskan projek tersebut.

Pengurus Pejabat Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya (JKR) Cassidy Morris berkata, projek jalan raya sepanjang 18 kilometer dan selebar enam meter itu menelan kos RM17 juta.

"Projek menaik taraf jalan ini sudah bermula sejak 5 April lalu dan ia dijangka siap pada 4 Oktober 2020 iaitu mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan," katanya pada majlis tersebut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamin Christophe­r Gira Sambang memberitah­u, projek menaik taraf jalan tersebut sudah lama diusahakan dan sering diutarakan­nya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih setahun yang lalu.

"Justeru saya mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada kerajaan negeri serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Masing kerana telah meluluskan peruntukan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia