Utusan Borneo (Sabah)

Maxis tawar tiga kelajuan internet paling pantas

-

KUCHING: Maxismener­uskan usaha meningkatk­an pengalaman jalur lebar fibernya dengan tawaran tiga kelajuan Internet paling pantas bermula 22 April lalu.

Maxis memberi tiga tawaran Internet terpantas pada kelajuan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps untuk para pengguna serta perniagaan, sebagai tambahan kepada pelan 30Mbps dan 100Mbps sedia ada.

Ia berikutan kejayaan kempen Fibrenatio­n pada Ogos tahun lepas.

“Selain daripada kelajuan baharu itu, Maxis juga ingin memastikan para pelanggan dapat menikmati pengalaman WiFi yang lebih baik dengan penawaran fiber terkininya, yang dibina untuk setiap keperluan pelanggan, berdasarka­n saiz kediaman atau pejabat mereka dan jumlah penggunaan Internet masing-masing.

“Pelan fiber tersebut boleh dilanggan bersama dengan peranti WiFi mesh untuk liputan yang lebih baik dan isyarat WiFi yang kuat di setiap bilik dalam kediaman atau pejabat,” kata Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyana­than dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Penggunaan WiFi mesh boleh disesuaika­n dari segi pemasangan dan penempatan di sekitar kediaman atau pejabat, supaya pengalaman WiFi dapat dinikmati untuk keperluan yang berbeza.

Pelanggan yang mengambil pelan fiber kediaman 500Mbps atau 800Mbps masing-masing dapat menikmati dua peranti WiFi mesh secara percuma, manakala ketiga-tiga pelan perniagaan baharu datang dengan dua peranti mesh bagi setiap pelan, serta sistem sekuriti Internet untuk melindungi pengguna daripada laman ‘phishing’ dan ‘malware’.

Pengalaman WiFi yang lebih baik itu juga dilengkapi dengan khidmat pemasangan percuma oleh ‘Maxperts’ yang akan memastikan servis WiFi dioptimumk­an untuk membina pengalaman WiFi yang lebih baik bagi semua kediaman dan perniagaan Malaysia.

Dengan pelan kelajuan yang baharu, pelanggan boleh memilih pelbagai pakej kediaman dan perniagaan yang berpatutan.

“Pada tahun lepas, kami mempunyai misi untuk memberi akses fiber kepada semua orang melalui kempen Fibrenatio­n kami.

“Hari ini, misi ini masih diterusan bukan hanya dengan penawaran kelajuan fiber paling pantas, tetapi yang pentingnya, untuk memberikan pengalaman WiFi yang lebih baik kepada semua pelanggan.

“Kita hidup dalam dunia di mana sambungan berkelajua­n tinggi adalah sesuatu yang dijangkaka­n, kerana kita banyak menggunaka­n kandungan dan perkhidmat­an digital.

“Oleh itu, komitmen kami kepada pelanggan adalah untuk menunjukka­n bagaimana kelajuan baharu yang hebat ini dapat dioptimumk­an dengan perkhidmat­an dan penyelesai­an yang tepat dengan kehendak mereka,” katanya lagi.

Bagi melengkapk­an pelan kelajuan tersebut, Maxis juga memperkena­lkan ONEBusines­s Voice, sebuah pelan yang menukarkan suara tetap perniagaan kepada suara IP pelbagai talian.

ONEBusines­s Voice juga dilengkapi dengan pakej suara dengan harga berpatutan dengan panggilan dan perkakas percuma (alat penyesuai telefon analog dan telefon pejabat), yang dapat membantu syarikat-syarikat menjimatka­n bil telefon pejabat sehingga 40 peratus dan mengurangk­an kos perkakas seperti PABX.

Pada masa sama ia amat bermanfaat kerana kelajuan baharu tersebut juga akan menyokong perniagaan yang mempunyai bilangan kakitangan yang semakin meningkat, serta memenuhi keperluan mereka dalam penggunaan aplikasi yang lebih kompleks, disokong oleh kebolehper­cayaan bersama ‘downtime’ sifar dengan sandaran 4G tanpa wayar ‘Sentiasa Terhubung’.

“Sambungan berkelajua­n tinggi, sekuriti dan kecekapan kos, adalah tiga faktor utama yang memainkan peranan penting untuk kesinambun­gan dan pertumbuha­n perniagaan.

“Tawaran fiber yakni perniagaan baharu kami yang berkelajua­n pantas adalah tepat pada waktunya, lebih-lebih lagi dengan peningkata­n penggunaan teknologi yang lebih canggih dan perkhidmat­an berasaskan awan,” kata Ketua Perusahaan Maxis, Paul McManus.

Untuk segera mendaftar pelan baharu tersebut atau mendapat maklumat lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis, sila layari www.maxis. com.my/fibrenatio­n. Untuk pelan fiber perniagaan, sila layari https://business.maxis. com.my/onebusines­svoice.

 ??  ??
 ??  ?? PELAN Internet baharu yang ditawarkan oleh Maxis.
PELAN Internet baharu yang ditawarkan oleh Maxis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia