Utusan Borneo (Sabah)

Mukah Enginering tawar promosi hebat hingga 27 April

-

MUKAH: Mukah Enginering Sdn Bhd (Mukah Engineerin­g) mengadakan promosi hebat dengan potongan 20 hingga 30 peratus daripada harga asal bagi barangan peralatan DIY, perindustr­ian dan komersil, dari 23 hingga 27 April ini.

Kedai perkakasan yang terletak di Lot 424, Sublot 72, Ground Floor, Mukah Land District, Mukah ini merupakan salah satu daripada pengedar sah bagi barangan serta peralatan berjenama seperti Bosch, i-weld, Adelino, Rotake, Air Bank, Sumo dan beberapa jenama lain.

Turut berada dalam senarai ialah pencuci bertekanan tinggi yang sememangny­a berbaloi dengan harga dan perkhidmat­an yang dijanjikan kepada semua pelanggan.

“Apa yang istimewa tentang produk kami, ia bukan sahaja ada potongan harga 20-30 peratus berbanding harga asal, namun kita turut menekankan khidmat setelah pembelian (after sales service),” menurut jurucakap Mukah Engineerin­g Roger Tok.

Ini bermakna, pelanggan tidak perlu risau setelah melakukan pembelian kerana pihak Mukah Engineerin­g selain mendidik pengguna bagaimana menjaga peralatan dengan betul, mereka juga menawarkan khidmat setelah pembelian.

Pihaknya juga mempunyai pakar khas bagi semua peralatan dijual untuk memberikan penerangan kepada pelanggan yang datang ke kedai.

Promosi harga hebat ini juga katanya turut diadakan bersempena musim perayaan yang bakal menjelang iaitu Gawai Dayak dan Hari Raya Puasa.

Kedai dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5.20 petang sehingga 27 April ini.

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubung­i talian 084-871966.

 ??  ?? INILAH lokasi kedai Mukah Engineerin­g Sdn Bhd.
INILAH lokasi kedai Mukah Engineerin­g Sdn Bhd.
 ??  ?? PAKAR peralatan memberi penerangan tentang produk kepada para pelanggan.
PAKAR peralatan memberi penerangan tentang produk kepada para pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia