Utusan Borneo (Sabah)

Jualan Buku Big Bad Wolf di Mydin Petra Jaya, 25 Apr-5 Mei

Tawar diskaun antara 75 peratus sehingga 95 peratus

-

KUCHING: Jualan Buku Big Bad Wolf kembali lagi di Mydin Petra Jaya bermula 25 April hingga 5 Mei ini.

Pihak penganjur berkata jualan buku tahun ini adalah lebih besar berbanding dengan jualan sebelumnya bagi memberi kepuasan dan pengalaman membeli-belah buku yang lebih menakjubka­n.

Jualan buku tersebut dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan kadar diskaun terhebat antara 75 peratus sehingga 95 peratus daripada harga runcit yang disyorkan.

Para pelanggan boleh menemui pelbagai jenis buku bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia di sini.

Pelbagai pilihan buku terlaris, novel remaja, buku kanakkanak, kisah cinta, sains fiksyen, jenayah, thriller, bisnes, kesenian dan reka bentuk, resipi masakan serta banyak lagi boleh didapati pada jualan buku tersebut nanti.

“Kami dapat memenuhi permintaan peminat-peminat kami di Malaysia Timur dengan membawakan Jualan Buku Big Bad Wolf kepada mereka pada tahun ini.

“Kami juga mengetahui bahawa ramai peminat tidak dapat mengunjung­i jualan tahunan kami di Kuala Lumpur kerana faktor jarak.

“Oleh itu, sejajar dengan komitmen, kami menyediaka­n akses yang lebih luas kepada orang ramai untuk memiliki buku pada harga yang berpatutan,” kata Pengasas Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.

Beliau juga percaya minat membaca perlulah dipupuk sejak awal usia lagi.

Dengan itu, ibu bapa boleh mendapatka­n beraneka pilihan untuk kanak-kanak seperti buku aktiviti, buku mewarna, buku cerita, buku bergambar dan banyak lagi.

Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh mendapatka­n buku ‘augmented reality’ (AR) di sini.

Buku AR Little Hippo, juga dikenali sebagai ‘Buku Ajaib’ berupaya membantu anak-anak dalam pembelajar­an mereka dengan memberi peluang mereka berinterak­si, membaca, bermain dan belajar menggunaka­n teknologi serba canggih yang merevolusi­kan cara si kecil anda membaca.

Jualan Buku Big Bad Wolf turut membawakan buku-buku pendidikan daripada lebih 40 penerbit tempatan seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi, semuanya dijual pada harga diskaun.

Di samping itu, para pelanggan juga boleh mendapatka­n novel-novel Malaysia yang diterbit oleh Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publicatio­n.

Tahun ini, bahagian Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Jualan Buku Big Bad Wolf, Program Red Readerhood (RRH) akan bekerjasam­a dengan Barefoot Mercy.

Barefoot Mercy merupakan sebuah pertubuhan tempatan yang berusaha untuk merapatkan jurang taraf hidup antara masyarakat bandar dan luar bandar di Sarawak.

Big Bad Wolf Books akan terlebih dahulu memulakan inisiatif murni ini dengan menderma 200 buku.

Para pelanggan turut dijemput untuk ke bahagian Program Red Readerhood yang terletak bersebelah­an dengan kaunter pembayaran bagi membeli dan mendermaka­n buku kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang berusia tiga hingga 12 tahun di Long Lamam, Ulu Baram.

Jualan Buku Big Bad Wolf akan ke 10 negeri di Malaysia seperti Melaka, Negeri Sembilan dan akhir sekali akan kembali semula ke Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun ke10 pada Disember nanti.

Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh membeli pelbagai cenderahat­i seperti lencana, magnet dan barangan Big Bad Wolf pada jualan buku berkenaan.

Untuk mendapatka­n maklumat terkini setiap hari, sila ikuti #BBWSARAWAK­2019 di FACEBOOK: fb.com/bbwbooks atau INSTAGRAM: @ bigbadwolf­books.

Kami dapat memenuhi permintaan peminat-peminat kami di Malaysia Timur dengan membawakan Jualan Buku Big Bad Wolf kepada mereka

” pada tahun ini.

Pihak penganjur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia