Utusan Borneo (Sabah)

Petronas buka pusat pakar automotif pertama di Malaysia

-

SHAH ALAM: Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd, bersama-sama Petronas Lubricants Internatio­nal (PLI), kelmarin membuka secara rasmi pusat servis pakar automotif Petronas pertama di Malaysia, bagi menawarkan produk serta perkhidmat­an penyenggar­aan kenderaan yang berkualiti tinggi.

Naib Presiden (Pemasaran dan Perniagaan Hiliran) Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata cawangan pertama di Kawasan Perindustr­ian Tiong Nam, Seksyen 15 di sini itu akan diuruskan oleh rakan kongsi tempatan, Autohaus KL, penyedia servis kenderaan lengkap yang berpengala­man bersama pusat servis yang dipercayai.

“Ini merupakan yang pertama daripada 100 pusat servis yang dijangkaka­n dibuka di Malaysia, selain lebih banyak lagi cawangan akan dibuka di 30 negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pasaran sasaran kita termasuk China, yang kita lihat mempunyai potensi luas dengan peluang yang amat baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi pusat servis itu di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Ketua Perniagaan Rantau Asia Pasifik PLI, Ruslan Halim Islahudin dan Pengarah Autohaus, Muhammad Eezam Masripan.

Syed Zainal Abidin berkata di pusat servis itu, pelanggan diberikan jaminan kecekapan dan perhatian mekanik yang dilatih khusus serta penggunaan perkakasan dan teknologi terkini untuk menjalanka­n pemeriksaa­n, diagnosis enjin dan pertukaran minyak.

“Kami mahu pelanggan mengalami perbezaan pusat servis ini, dengan kami menawarkan perkhidmat­an di bawah satu bumbung, daripada pemeriksaa­n kenderaan sehingga perkhidmat­an tukar tayar,” katanya.

Beliau berkata pusat servis itu juga menawarkan produk Petronas termasuk minyak engin premium yang diperakui terbaik untuk melindungi enjin.

Syed Zainal Abidin berkata Petronas mengalu-alukan rakan kongsi berpotensi untuk terlibat dalam pembukaan 100 cawangan pusat servis di seluruh negara yang disasarkan pihaknya.

“Kita bekerja dengan rakan kongsi perniagaan seperti Autohaus KL, yang berkongsi visi bagi menawarkan penjagaan enjin boleh dipercayai dengan bendalir dan teknologi terbaik kami kepada pengguna.

“Mereka yang memiliki kepakaran dan pengalaman dalam bidang ini serta berminat untuk membawa jenama kami ke pasaran, kami akan menyokong dalam beberapa aspek termasuk pemasaran dan penjenamaa­n, latihan teknikal dan rundingan, selain peralatan inovatif,” katanya.

Sementara itu Muhammad Eezam berkata pusat servis itu telah dibuka sejak awal Ogos tahun lepas dan mencatatka­n purata 30 pelanggan sehari.

Beliau berkata pihaknya akan mendidik pelanggan, yang mendapatka­n khidmat Autohaus KL, mengenai bendalir Petronas yang sesuai mengikut enjin dan jenis kereta mereka, katanya. — Bernama

 ??  ?? BANGUNAN Petronas AutoExpert yang dirasmikan oleh Syed Zainal Abidin di Seksyen 15 di Shah Alam. -Gambar Bernama
BANGUNAN Petronas AutoExpert yang dirasmikan oleh Syed Zainal Abidin di Seksyen 15 di Shah Alam. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia