Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia harus jadi peneraju 5G

Penggunaan teknologi generasi kelima itu beri kesan besar kepada ekonomi negara

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata penggunaan teknologi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai teknologi 5G akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi Malaysia.

Beliau berkata penggunaan teknologi itu juga akan memberi kesan pada cara kita mencorak masyarakat yang bersedia menghadapi ekonomi masa depan dalam menuju Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

“Saya harap semua dapat meneliti betapa pentingnya aspek teknologi ini dan bagaimana ia dapat menukar corak kita melaksanak­an perniagaan dan industri negara pada masa hadapan.

“Ini adalah satu perkara yang kita semua harus ceburi dan ia perlu dilihat secara positif serta perlu ada keyakinan diri,” katanya dalam bual bicara mengenai Kejayaan Pameran 5G Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV3, pagi Selasa.

Beliau berkata Malaysia harus menerajui dan membuktika­n bahawa kita bukan sahaja dapat membangunk­an infrastruk­tur yang boleh melaksanak­an teknologi 5G malah kita boleh berjaya dalam semua aspek industri yang akan bergantung kepada teknologi baharu itu pada masa depan.

Pameran Teknologi 5G yang dilancarka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 April lalu, merupakan kesinambun­gan perjalanan Multimedia Super Corridor (MSC) yang bermula 23 tahun lalu dan ia merupakan manifestas­i kejayaanny­a.

Ujian teknologi baharu itu di Cyberjaya dan Putrajaya merupakan projek rintis selama enam bulan bermula awal bulan ini.

Gobind berkata Malaysia perlu bersedia dan menaruh keyakinan bahawa Malaysia boleh menjadi hab dalam penggunaan teknologi 5G serta menjadi contoh kepada negara lain.

Selain itu, beliau yakin Malaysia akan dapat menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat luar sekiranya negara mempunyai rangkaian yang kuat dan stabil khususnya dalam teknologi 5G.

Gobind yang juga Anggota Parlimen Puchong berkata kerajaan memainkan peranan penting dan besar untuk menyampaik­an maklumat terperinci kepada semua lapisan masyarakat bagaimana teknologi 5G dapat memperbaik­i dan meningkatk­an taraf kehidupan mereka selain melihat kepada aspek insentif yang dapat menggalakk­an lebih ramai menggunaka­n teknologi itu. “Ini adalah fokus kerajaan dan sebab itu kami adakan projek perintis ini untuk kami bawa kesedaran kepada masyarakat bahawa ini adalah hala tuju teknologi pada masa depan, kita perlu bersedia,” katanyaBer­nama

“Saya harap semua dapat meneliti betapa pentingnya aspek teknologi ini dan bagaimana ia dapat menukar corak kita melaksanak­an perniagaan dan industri negara pada masa hadapan. Ini adalah satu perkara yang kita semua harus ceburi dan ia perlu dilihat secara positif serta perlu ada ” keyakinan diri..

 ??  ?? GOBIND SINGH DEO Menteri Komunikasi dan Multimedia
GOBIND SINGH DEO Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia