Utusan Borneo (Sabah)

PH berjaya laksana lima janji dalam tempoh setahun, 18 dalam proses

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjaya melaksanak­an lima janji kecil yang dikemukaka­n dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh setahun ini sebagai usaha untuk mengurangk­an beban kos sara hidup, kata seorang pakar ekonomi.

Pakar Ekonomi, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Adli Amirullah berkata antara janji tersebut ialah memansuhka­n Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menggantik­annya dengan Bantuan Sara Hidup serta memperkena­lkan pas bulanan tanpa had My50 dan My100 untuk perkhidmat­an pengangkut­an awam.

“Dalam teras kos sara hidup, tidak ada satu pun teras yang gagal. Jumlah janji yang positif dan sedang dilaksanak­an adalah sebanyak 23 janji, lima telah terlaksana manakala 18 lagi dalam proses.

“Ini adalah satu perkara yang baik kerana kita telah lihat kerajaan mempunyai kekuatan politik, ingin melaksanak­annya dengan mengurangk­an kos sara hidup rakyat tapi kerajaan juga perlu peka untuk melihat sesetengah janji ada kesan sampingann­ya jika dilaksanak­an,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam Isnin.

Adli berkata kerajaan PH berjaya menstruktu­rkan semula BR1M yang sebelum ini digunakan sebagai alat politik untuk memancing undi golongan muda.

Manakala Bantuan Sara Hidup, katanya berjaya mencapai matlamat untuk membantu golongan yang lebih memerlukan­nya.

“Di situ kita boleh lihat fokus kerajaan untuk menumpukan golongan B40 dan ini sangat penting kerana mereka adalah golongan yang telah lama ditindas dan mereka perlu dilindungi oleh kerajaan,” tambahnya.

Sementara itu, Penyelidik Kanan Demokrasi dan Tabdir Urus, IDEAS, Aira Azhari berkata kerajaan juga harus memahami realiti untuk melihat apa yang telah dicapai sepanjang setahun ini.

Katanya rakyat mengundi PH pada 9 Mei tahun lepas kerana mereka sudah bosan dengan rasuah dan ketidaktel­usan kerajaan Barisan Nasional.

“PH kena sedar bahawa majoriti rakyat sebenarnya hanya inginkan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Mereka boleh memberikan pendidikan kepada anakanak, penjagaan kesihatan yang bagus di hospital kerajaan.

“Dan itu adalah cabaran kepada PH iaitu bagaimana PH mahu memastikan bahawa rakyat menerima manfaatnya,” katanya.

Aira berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu bekerja dengan kekangan tertentu, misalnya berhadapan dengan bebanan hutang yang tinggi.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia