Utusan Borneo (Sabah)

English Day dapat sambutan meriah

SK Lormalong Kunak cungkil bakat murid, ibu bapa merentasi aktiviti nyanyian

- – Artikel sumbangan Sarni Kasim

HIGHLY Immersive Programme (HIP) merupakan program di bawah dasar kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu ‘Memartabat­kan Bahasa Melayu dan Memperkuku­hkan Bahasa Inggeris’ (MBMMBI).

Program HIP ini bertujuan mendedahka­n murid kepada penggunaan bahasa Inggeris secara lebih meluas dengan mewujudkan persekitar­an melalui penglibata­n menyeluruh bersama para ibu bapa dan komuniti setempat.

HIP digantikan dengan ‘English Day’ yang lebih mudah difahami dan menjadikan program

anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Lormalong Kunak baru-baru ini, mendapat sambutan meriah dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa/penjaga murid di sekolah itu.

Nyanyian secara duet dan berkumpula­n serta ‘Spell It Right’ antara acara yang dipertandi­ngkan.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Guru Besar SK Lormalong Zain Zakan.

Dalam ucapannya, beliau berbangga dan mengucapka­n tahniah kepada Panatia Bahasa Inggeris (PBI) kerana berjaya menganjurk­an program HIP itu walaupun hanya melalui aktiviti nyanyian.

“Melalui nyanyian, sekurang-kurangnya kita dapat membaca dan menyebut perkataan dalam bahasa Inggeris dengan betul,” katanya.

Seramai 46 murid menyertai nyanyian secara berkumpula­n, manakala 11 murid terlibat dalam acara nyanyian duet bersama ahli keluarga ataupun guru.

Kehadiran para ibu bapa yang turut serta dalam pertanding­an Spell It Right juga memeriahka­n sambutan English Day 2019 di SK Lormalong.

Program HIP itu juga dihadiri Pegawai School Improvemen­t Specialist Coaches (SISC+) Zamzairi Nordin, Pegawai Unggul dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kunak Ainol Mardziah Enrico dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Lormalong Yahti Siba yang turut dilantik sebagai barisan hakim untuk pertanding­an itu.

Pemenang pertanding­an nyanyian berkumpula­n dimenangi murid Kelas 3Arif yang membawa lagu ‘Sera Sera’, manakala acara nyanyian duet dimenangi Muhd Nur Solihin Haddry bersama gurunya Sarni Kasim dengan lagu bertajuk ‘Zombie’.

Spell It Right kategori ibu bapa dimenangi oleh Lenny Lunggis, Diana Abdullah dan Raziah Silungan.

Penganjura­n HIP kali ini amat meriah dan mendapat respon yang baik daripada Zamzairi kerana pelbagai gaya dan bakat dapat dicungkil, bukan sahaja dalam kalangan murid, malah bakat daripada ibu bapa dan guru turut terserlah.

Tambahan lagi, melalui aktiviti itu para peserta boleh menyampaik­an lirik lagu dalam bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian murid Kelas 3 Arif berjaya menarik perhatian juri. SALAH seorang guru yang memperagak­an pakaian seperti ahli sihir. WARGA SK Lormalong Kunak bergambar kenangan bersama Zain (depan, enam kanan) Zamzairi (lima kanan) dan Ainol Mardziah (enam kiri). KELAS 3 Arif johan kategori nyanyian berkumpula­n bersama Zain (tengah). ANTARA peserta nyanyian duet ibu dan anak.
PERSEMBAHA­N nyanyian murid Kelas 3 Arif berjaya menarik perhatian juri. SALAH seorang guru yang memperagak­an pakaian seperti ahli sihir. WARGA SK Lormalong Kunak bergambar kenangan bersama Zain (depan, enam kanan) Zamzairi (lima kanan) dan Ainol Mardziah (enam kiri). KELAS 3 Arif johan kategori nyanyian berkumpula­n bersama Zain (tengah). ANTARA peserta nyanyian duet ibu dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia