Utusan Borneo (Sabah)

Usia akan bina hotel atau homestay di Tenom

-

PERTUBUHAN Islam Seluruh Sabah (Usia) akan membina hotel atau homestay di Pekan Tenom bagi menampung kekurangan penginapan terutama bila ada sesuatu perayaan.

Lebih-lebih lagi, Tenom merupakan penghujung Pedalaman Atas dan sesuai untuk menginap serta melihat keindahan pelbagai kebudayaan dan panaroma termasuk Pusat Kebudayaan Murut dan Taman Pertanian.

“Perkara ini sedang dibincang dengan pemaju,” kata Yang Dipertua Usia Datuk Sairin Karno sewaktu melawat pejabat Usia Bahagian Tenom.

Dalam lawatan itu, beliau disambut oleh Ketua Usia Bahagian Tenom Piduman Abd Majid dan Setiausaha­nya Wajahim Simun.

Menurut Sairin bila terbinanya hotel atau homestay itu nanti, pihaknya akan turut membantu kerajaan menyediaka­n penginapan terutama kepada pelancong yang datang ke Daerah Tenom.

Katanya pembinaan bangunan itu nanti akan dibuat di tanah Usia seluas 0.128 hektar yang dahulunya menempatka­n bangunan Tabika Nurul Jannah Usia Bahagian Tenom, berhadapan pejabat Usia Bahagian Tenom.

“Dengan sistem kemasyarak­atan, kehidupan sosial dan keadaan geografi serta ekonominya, sudah pasti ia akan menarik perhatian pelancong luar untuk datang ke Tenom,” katanya.

Mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industi Makanan itu turut menjelaska­n Taman Pertanian seluas 200 hektar juga mempunyai banyak tarikan seperti tumbuhan telinga gajah dan 400 spesis orkid yang tidak terdapat di lain-lain tempat.

“Tenom juga dianggap sebagai ibu kota tidak rasmi oleh suku etnik Murut dengan sebilangan besar pendudukny­a terdiri daripada suku kaum berkenaan. Oleh itu, kebanyakan perayaan besar masyarakat Murut akan diadakan di Tenom seperti Festival Kalimaran setiap tahun,” katanya.

Sairin berkata Tenom juga merupakan sebuah bandar utama yang pernah dikenali sebagai Kubu Birch ketika zaman penjajahan British di Malaysia.

Kini, Tenom menawarkan pelbagai tarikan seperti Taman Negara Crocker Range.

 ??  ?? SAIRIN (tengah), Piduman (kiri) dan Wajahim (kanan) bergambar berlatarbe­lakangkan bekas bangunan Tabika Nurul Jannah yang tidak digunakan lagi.
SAIRIN (tengah), Piduman (kiri) dan Wajahim (kanan) bergambar berlatarbe­lakangkan bekas bangunan Tabika Nurul Jannah yang tidak digunakan lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia