Utusan Borneo (Sabah)

‘Bersama jaga alam sekitar’

Lebih 60 hadiri Bengkel Modul dan Boardgames

-

LEBIH 60 wakil agensi kerajaan, komuniti, guru dan pelajar sekolah telah menghadiri Bengkel Modul dan Boardgames Pendidikan Alam Sekitar Bagi Persekitar­an Marin untuk Komuniti di Sabah pada Selasa, yang dilaksanak­an sempena sambutan Hari Bumi 2019.

Bengkel berkenaan adalah sebahagian daripada siri bengkel yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ia bertujuan memberi peluang kepada para pelajar, guru, komuniti serta agensi kerajaan di daerah ini menggunaka­n modul dan boardgames berkenaan.

Dalam ucapan alualuan Timbalan Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah Vitalis J Moduying yang disampaika­n oleh wakil beliau Dr Susan Pudin, menyatakan satu modul dan empat boardgames pendidikan persekitar­an marin telah dihasilkan sebagai output ‘Kajian Modul dan Boardgames Pendidikan Alam Sekitar Bagi Persekitar­an Marin untuk Komuniti di Sabah’ yang bermula pada Julai 2017 dan dijangka berakhir pada Jun 2019.

Beliau berkata kajian dilaksanak­an oleh Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah melalui WWFMalaysi­a dan kawasan kajian meliputi empat daerah di Sabah iaitu Tawau, Sandakan, Kudat dan Semporna.

“Setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam melaksanak­an tanggungja­wab masingmasi­ng dan perlu turut serta menjayakan aktiviti menjaga, melindungi serta memulihara alam sekitar,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa penyertaan komuniti setempat dalam membantu usaha perlindung­an dan pemulihara­an amatlah penting demi menjadikan hidupan marin di Sabah sebagai lokasi ikon pelanconga­n yang kaya dengan keindahan ekosistem lautnya.

“Taman Marin Tun Sakaran yang tidak jauh dari sini adalah merangkumi rangkaian lapan pulau yang kesemuanya indah dan unik belaka. Marilah kita bersama-sama menjaga keindahan alam semulajadi yang telah dikurniaka­n kepada kita di negeri ini,” katanya.

Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar bersamasam­a WWF-Malaysia telah melaksanak­an dua bengkel di Kota Kinabalu dan Kudat baru-baru ini dan selepas Tawau, dua lagi siri bengkel akan diadakan di daerah Sandakan dan Semporna untuk melengkapk­an siri jelajah bagi membolehka­n para pelajar, guru dan wakil komuniti di daerah-daerah berkenaan mengambil bahagian menggunaka­n modul dan boardgames itu.

“Setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing dan perlu turut serta menjayakan aktiviti menjaga, melindungi serta memulihara alam sekitar.

VITALIS J MODUYING Timbalan Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah

 ??  ?? (Gambar kiri) PIHAK penganjur bergambar kenangan bersama para peserta.
(Gambar kiri) PIHAK penganjur bergambar kenangan bersama para peserta.
 ??  ?? WAKIL Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar dan WWF-Malaysia bersama para pelajar, guru dan wakil komuniti.
WAKIL Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar dan WWF-Malaysia bersama para pelajar, guru dan wakil komuniti.
 ??  ?? ANTARA wakil komuniti yang menghadiri bengkel itu.
ANTARA wakil komuniti yang menghadiri bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia