Utusan Borneo (Sabah)

Siswa UMS bantu pelajar sekolah luar bandar asah kemahiran berfikir

-

PROGRAM Mentor Mentee STEM yang dianjurkan siswa pascasiswa­zah Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) membantu pelajar sekolah luar bandar untuk meningkatk­an kemahiran berfikir masa depan berasaskan konsep Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Program yang berlangsun­g di SMK Matunggong itu melibatkan penyertaan seramai 45 pelajar Tingkatan 4 di bawah seliaan pensyarah UMS, Dr Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah.

Menurut Sopiah, program itu terbahagi kepada dua aktiviti, dengan sembilan kumpulan dibentuk untuk menyelesai­kan setiap aktiviti STEM yang diberikan.

“Aktiviti STEM pertama adalah berkisar tentang perkembang­an kapal laut, dengan para peserta diminta mencipta sebuah kapal laut sesuai dengan keperluan masa hadapan.

“Sementara, aktiviti STEM kedua memerlukan setiap kumpulan mereka cipta telefon bimbit masa hadapan bagi memenuhi keperluan masyarakat, dan kedua-dua aktiviti itu memerlukan mereka untuk mengadakan perbincang­an serta menghasilk­an reka bentuk atau prototaip bagi projek yang dihasilkan,” katanya.

Menurut beliau, melalui aktiviti yang dijalankan para peserta mampu menghasilk­an reka cipta masa hadapan yang dihasilkan tanpa mengabaika­n tuntutan nilai sejagat.

Selain itu, mampu mengaitkan ciptaan masa depan sesuai dengan perkembang­an sains, teknologi dan ekonomi, penggunaan tenaga lestari dan teknologi hijau, dan penjagaan alam sekitar, serta mengaplika­si konsep fizik yang dipelajari ke dalam pembinaan prototaip.

Program diakhiri dengan majlis penyampaia­n cenderamat­a oleh Sopiah kepada wakil pengetua SMK Matunggong, Ida Diyana Karim.

 ??  ?? PARA peserta menguji prototaip kapal laut masa hadapan di dalam kolam sekolah.
PARA peserta menguji prototaip kapal laut masa hadapan di dalam kolam sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia