Utusan Borneo (Sabah)

Jenayah siber membimbang­kan

Catat kerugian RM67.6 juta tiga bulan pertama tahun ini

-

LABUAN: Kes jenayah siber menyebabka­n kerugian berjumlah RM67.6 juta melalui 2, 207 aduan direkodkan seluruh negara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shakib Ahmad Shakir.

Shakib berkata tiga kes tertinggi melibatkan kes penipuan panggilan yang merekodkan RM26.8 juta (773 kes), penipuan belian dalam talian RM4.2 juta (811 kes) dan African Scam berjumlah RM14.9 juta (371 kes).

Kes jenayah siber (komersial) pinjaman tidak wujud (E-Financial Fraud) merekodkan 212 kes melibatkan kerugian berjumlah RM21.5 juta.

Katanya antara kerugian adalah melalui penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan penceroboh­an data.

Shakib Ahmad Shakir berkata jumlah kerugian yang tinggi itu menimbulka­n kebimbanga­n kepada kementeria­n dan agensiagen­si di bawahnya.

“KKMM bertekad memerangi jenayah siber

susulan kebimbanga­n peningkata­n jumlah jenayah siber dalam pelbagai cara,” katanya ketika merasmikan Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Anti pemer dagangan Orang peringkat Labuan di Ujana Kewangan hari ini.

“Jenayah siber merupakan ancaman serius kepada rakyat berikutan penipuan ini berpotensi mengakibat­kan kehilangan ratusan ribu ringgit hasil titik peluh mereka,” katanya.

Taklimat ini merupakan

satu daripada komitmen KKMM dalam melaksanak­an tindakan dan agenda promosi dan publisiti meningkatk­an kesedaran orang ramai melalui pendidikan jenayah telekomuni­kasi dan cara mengelak dan melindungi diri menjadi mangsa jenayah telekomuni­kasi sekali gus membantera­s jenayah ini.

Shakib berkata menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil terdapat sejumlah 13,058 aduan penipuan dilaporkan pada tahun 2017 berbanding 10,394 tahun lepas, penurunan kepada 2,663.

“Saya dimaklumka­n bahawa jenayah tipu panggilan (tele c o m mu ni cat ion fraud) adalah jenayah paling kerap berlaku di Labuan dengan 16 aduan direkodkan pada tahun 2017 dan meningkat kepada 19 aduan tahun lepas, peningkata­n 35 peratus,” katanya.

Shakib berkata KKMM akan terus bekerjasam­a dengan rakan strategik media, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi dan jabatan di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Katanya KKMM telah terlibat dengan kempen publisiti dan promosi untuk Majlis Anti p e m e r dagangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (MAPO) sejak tahun 2017.

“Kempen tersebut bertujuan menyelaras penyampaia­n dan penyaluran maklumat dalam pelbagai bentuk dan saluran kepada orang awam,” katanya.

Katanya fungsi MAPO adalah sebagai platform menyelaras aktiviti publisiti dan promosi MAPO secara bersepadu, berkongsi maklumat dan pengukuhan bersama. -Bernama

“KKMM bertekad memerangi jenayah siber susulan kebimbanga­n peningkata­n jumlah jenayah siber dalam pelbagai cara. SHAKIB AHMAD SHAKIR Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM

 ??  ?? ANTARA yang menghadiri Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Antipemerd­agangan Orang.
ANTARA yang menghadiri Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Antipemerd­agangan Orang.
 ??  ?? SHAKIB (tengah) menerima cendera kenangan disampaika­n Pengarah Penerangan Labuan Supian Musa.
SHAKIB (tengah) menerima cendera kenangan disampaika­n Pengarah Penerangan Labuan Supian Musa.
 ??  ?? SALAH seorang penceramah dari Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
SALAH seorang penceramah dari Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 ??  ?? SALAH seorang peserta taklimat mengajukan soalan kepada penceramah.
SALAH seorang peserta taklimat mengajukan soalan kepada penceramah.
 ??  ?? SHAKIB (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu jemputan dan para hadirin.
SHAKIB (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu jemputan dan para hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia