Utusan Borneo (Sabah)

Wang tunai RM35,000 menanti johan Pertanding­an Memancing Laut Dalam LISC

-

LABUAN: Seramai 94 orang yang membabitka­n penyertaan dari luar negara dan tempatan menyertai Pertanding­an Memancing Laut Dalam ‘LISC Daiwa Fishing Tournament’ sempena Acara Labuan Internatio­nal Sea Challenge (LISC) 2019 yang bermula awal pagi Isnin.

Pertanding­an yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama Kelab Ekstrem GHRT serta mendapat tajaan utama daripada Daiwa Malaysia itu menyediaka­n hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah RM55,000 serta beberapa hadiah sampingan yang lain.

Pengerusi Kelab Ekstrem GHRT Aswade Taba berkata, Hong Kong merupakan satu-satunya negara luar yang menyertai pertanding­an itu dengan menghantar 18 pemancing bertaraf profesiona­l.

Sementara itu, pemancing dari Sabah merupakan kumpulan teramai dengan 45 peserta diikuti Labuan (10), Pulau Pinang (8), Selangor (6), Johor (4) dan Sarawak (3).

Beliau berkata, sebanyak 11 bot telah disediakan untuk membawa para peserta memancing di kawasan Pulau Layang-Layang dan perairan Spratly, kira-kira 160 batu nautika dari Labuan.

“Kesemua mereka telah dibahagika­n kepada 32 pasukan iaitu tiga pemancing setiap kumpulan dan mereka akan memancing bermula hari ini hingga 28 April,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelepasan para peserta di Menara Manja Rasa Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun, pagi Isnin.

Acara pelepasan peserta disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah (Acara) Jabatan Pelanconga­n Kesebudaya­an dan Kesenian (JPKK) Perbadanan Labuan Mohamad Khairul Yakop.

Turut hadir, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Unit Pembanguna­n Industri, Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Wilayah Persekutua­n Labuan Dewi Maing.

Sementara itu, Aswade berkata kumpulan yang muncul johan akan membawa pulang wang tunai RM35,000, naib johan RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000.

Sementara bagi individu yang berjaya menangkap ikan terberat, tempat pertama hingga ke 10 akan menerima RM500 setiap seorang.

 ??  ?? KHAIRUL (lima dari kanan) bersama Aswade (enam dari kanan) dan Dewi (empat dari kanan) melepaskan peserta Pertanding­an Memancing Laut Dalam LISC di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.
KHAIRUL (lima dari kanan) bersama Aswade (enam dari kanan) dan Dewi (empat dari kanan) melepaskan peserta Pertanding­an Memancing Laut Dalam LISC di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.
 ??  ?? TIGA dari 11 bot bersedia untuk berlepas membawa pemancing ke Pulau LayangLaya­ng dan perairan Spratly.
TIGA dari 11 bot bersedia untuk berlepas membawa pemancing ke Pulau LayangLaya­ng dan perairan Spratly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia