Utusan Borneo (Sabah)

10 pasukan berentap LFT Zon Kalabakan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 10 pasukan berentap merebut kejuaraan Pertanding­an Bola Sepak Liga Full Team Zon P.191 Kalabakan (LFT Kalabakan) yang bermula dari 31 Mac dan dijadual berakhir pada Jun hadapan.

Kejohanan ini menawarkan hadiah Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai RM1,000 dan medal kepada johan serta piala iringan, RM500 dan medal untuk naib johan.

Sementara, pasukan yang memenangi tempat ketiga akan memenangi piala iringan, RM250 dan medal, manakala tempat keempat membawa pulang hadiah berbentuk medal.

Pengerusi Penyelaras Pertanding­an Roslan Ali berkata pertanding­an itu dianjurkan oleh Veteran Felda Umas-Umas bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Rancangan (JKKR) Felda Umas 2/ 3 dengan kerjasama Warisan Bahagian Kalabakan.

“Pasukan-pasukan yang bertanding adalah Brumas Perdana FC, Kaban FC, Arkab FC, Mix Merotai A dan B, Kalabakan FC, Pendalaman FC, Sebatik FC serta Veteran Felmas Adan B ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo di sini pada Selasa, yang turut berterima kasih dengan sokongan Parti Warisan serta Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Tawau. Menurutnya, penganjura­n itu dicetuskan kerana kerinduan melihat kerancakan sukan bola sepak di kawasan pedalaman melibatkan pemain-pemain yang berusia lebih 35 tahun.

“Kita menetapkan setiap pasukan supaya turut mendaftark­an pemain-pemain berumur 35-39 tahun (tiga orang), 40-49 tahun (lima orang) dan 50 tahun ke atas (tiga orang).

“Kejohanan bola sepak yang dianjurkan secara liga belum pernah diadakan di Kalabakan, justeru kita berharap program julung-julung kalinya ini dapat dijadikan acara tahunan.

“Kita mahu meraikan pemain-pemain bola sepak dan mengeratka­n silaturahi­m sesama pemain dan orang kampung serta merapatkan hubungan bersama pemimpin,” katanya.

Penganjura­n itu juga diharap mengembali­kan nostalgia bahawa Parlimen Kalabakan pernah melahirkan bekas pemain kebangsaan seperti Suharmin Yusof.

Beliau berkata, sebagai menghargai sokongan Warisan Kalabakan, pihaknya juga mengalualu­kan jika ada anggota masyarakat yang mahu mendaftar sebagai ahli parti itu.

 ??  ?? ROSLAN
ROSLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia