Utusan Borneo (Sabah)

Tunas Boling GK7 platform cungkil bakat tenpin boling

-

KOTA KINABALU: Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran (PPD Tuaran) dengan kerjasama My Bowl 1Borneo dan Kelab Tenpin Boling Legasi Tuaran (KTBLT) telah menganjurk­an program Tunas Boling GK7 yang turut melibatkan penyertaan murid sekolah pendidikan khas.

Program dua hari yang disertai 120 pelajar dari daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kota Belud itu antara lain bertujuan memperkena­lkan klinik asas sukan tenpin boling yang diadakan di My Bowl 1Borneo.

Sesi klinik sukan boling itu dikendalik­an oleh Ketua Jurulatih merangkap Pengerusi Teknik Boling Daerah Tua ran Ali Kha nafi a h Madaile dan dibantu enam jurulatih lain (Clarieo, Tai Yee Zin, Johari, Azril, Azrul, Rozzainy Sham) serta enam fasilitato­r (Zaquan, Raziq, Asnor Nasha, Asnor Daniel, Mohd Imran dan Azfar).

Terdapat pelbagai pengisian aktiviti menarik diperkenal­kan kepada peserta seperti teori dan amali asas tenpin boling selain lawatan mesin boling dan gelanggang arena boling dan My Bowl Proshop.

Di samping itu, krew Ging Pisang turut memeriahka­n program yang melibatkan peserta program Tunas Boling GK7 dalam sesi Santai Boling.

Sementara itu, Sarah Nurliyana Kassim dari SK Unggun Kota Kinabalu mengunggul­i tempat pertama bagi kategori Sekolah manakala kategori sekolah menengah pula diraih Affidenny Aini dari PPKI SMK Badin, Tuaran.

Kategori Khas Fasilitato­r diungguli oleh Mohamad Imran Kassim dari SM St John Tuaran.

SMK Tebobon, Kota Kinabalu telah menghantar peserta teramai iaitu 41 orang.

Penolong Pegawai PPD Tuaran Jumar Kamsari yang juga pengerusi KTBLT berkata dengan adanya penglibata­n SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu, program itu telah memberikan satu pengalaman baharu bagi pengelola program dalam memberikan klinik asas kepada murid bekeperlua­n khas masalah pendengara­n.

Katanya Tunas Boling GK7 pada kali ini berjaya mencungkil bakat pelajar arus perdana dan murid bekeperlua­n khas, sekali gus menyuntik semangat untuk membantu merealisas­ikan pembanguna­n sukan tenpin boling di negeri Sabah.

Beliau turut berterima kasih kepada syarikat My Bowl, PopOutInk, Borneo Ant House, Conn Design Studio, Ging Pisang dan KTBLT yang telah menaja kemudahan sepanjang program itu berlangsun­g.

Penasihat KTBLT Rozzainny Sham Talip pula berharap program itu dapat memupuk minat peserta dan dijadikan program tahunan untuk mencungkil bakat baharu dalam arena sukan tenpin boling dan dalam masa yang sama, melahirkan pemain tenpin boling yang berprestas­i tinggi.

 ??  ?? PARA peserta dan fasilitor bergambar bersama para jurulatih boling.
PARA peserta dan fasilitor bergambar bersama para jurulatih boling.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian dalam program Tunas Boling GK7 di Mybowl 1B.
SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian dalam program Tunas Boling GK7 di Mybowl 1B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia