Utusan Borneo (Sabah)

Wajib ada Pelesenan Kelab

Untuk bersaing di Liga Super dan Premier, kata Hamidin

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan yang bersaing dalam pertanding­an Liga Premier dan Liga Super wajib memiliki Pelesenan Kelab.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Pelesenan kelab adalah antara pra-syarat yang ditetapkan Malaysia Football League (MFL) bagi menyertai saingan Liga Super dan Liga Premier kendaliann­ya.

Pelesenan Kelab itu telah diperkenal­kan dalam saingan Liga Malaysia pada 2017 dan telah diwajibkan kepada pasukan Liga Super musim 2018 dan Liga Premier musim 2020.

Katanya, kegagalan mendapatka­n Pelesenan Kelab boleh menyebabka­n sesbuah pasukan tidak diberi lesen bertanding dalam pertanding­an Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) dan FAM.

Hamidin berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mengetuai rombongan FAM mengadakan kunjungan hormat kepada barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di bilik mesyuarat Kementeria­n Pembanguna­n Infrasturk­tur (KPI) di sini, Selasa.

Beliau berharap SAFA dapatkan Pelesenan Kelab sebelum penghujung tahun ini terutama dengan potensi besarnya naik ke Liga Super musim depan.

“Kita tidak mahu pasukan layak ke Liga Super tetapi tidak dapat menyertain­ya kerana ketiadaan Pelesenan Kelab. Apapun, pasukan Liga Premier juga diwajibkan ada Pelesenan Kelab musim depan,” katanya.

Katanya, Pelesenan Kelab adalah petunjuk organisasi mengamalka­n amalan terbaik dalam beberapa kriteria seperti kesukanan, infrastruk­tur, pentadbira­n, undang-undang, kewangan dan perniagaan.

Sambil itu, Timbalan Presiden SAFA, Datuk Rahman Zakaria yang mewakili Pemangku Presiden SAFA Datuk Peter Anthony menerima kunjungan hormat itu berkata, proses SAFA mendapatka­n Pelesenan Kelab itu sudah mencapai 40 peratus kriteria yang ditetapkan.

Katanya, ada beberapa isu yang SAFA perlu bantuan

FAM untuk mematuhi kriteria yang ditetapkan.

“Dalam kunjungan ini, kami juga telah kemukakan beberapa isu dalam kami amat berpuas hati dengan maklum balas dari FAM.

“Oleh itu, SAFA berterima kasih atas kunjungan FAM ini yang telah memberi banyak input terutama dari segi usha

memartabat­kan sukan bola sepak negeri dan negara ini,” kata Rahman.

Dalam kunjungan itu, FAM juga telah memberi taklimat mengenai Projek Pemerkasaa­n Ahli Gabungan (ACE) dan Pelan Hala Tuju FAM 2019-2030 (F:30) yang telah dilancarka­n penghujung tahun lalu.

Hamidin berkata, projek ACE adalah sebahagian daripada visi dan misi untuk meningkat mutu FAM dan ahli gabungan.

Katanya, projek ACE yang merangkumi tiga tonggak utama iaitu pengurusan dan pentadbira­n, perkembang­an bola sepak dan pembanunan bola sepak selaras dengan F:30.

Projek ACE menyediaka­n sokongan dan perkhidmat­an dari segi pengurusan kewangan, undang-undang, pemasaran dan penajaan, media dan komunikasi, pembanguna­n kelab peminat, selain penilaian teknikal melalui kursus pembinaan dan pembekalan peralatan serta bengkel di liga.

“Kita tidak mahu pasukan layak ke Liga Super tetapi tidak dapat menyertain­ya kerana ketiadaan Pelesenan Kelab. Apapun, pasukan Liga Premier ” juga diwajibkan. DATUK HAMIDIN MOHD AMIN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 ??  ?? HAMIDIN (kanan) menerima cendera kenangan jersi daripada Rahman semasa kunjungan hormat di bilik mesyuarat KPI di sini kelmarin.
HAMIDIN (kanan) menerima cendera kenangan jersi daripada Rahman semasa kunjungan hormat di bilik mesyuarat KPI di sini kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia