Utusan Borneo (Sabah)

Amber kekalkan status pilihan utama

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Amber Kristy Muyou menepati statusnya selaku pilihan utama dengan mempertaha­nkan gelaran juara Pusingan Kedua Kejohanan Skuasy CIMB Rising Star kategori perempuan bawah 9 tahun di Kuantan Pahang minggu lalu.

Amber bagaimanap­un dipaksa berkerja keras oleh pemain Kedah, Nurul Zara Mohamad Zamri pada perlawanan akhir sebelum merangkul gelaran juara.

Ia adalah gelaran juara kedua berturut-turut Amber selepas turut menjuarain­ya pada pusingan pertama. Amber juga juara Skuasy Junior Antarabang­sa Terbuka Redtone/KL 2018.

Kategori lelaki 11 tahun ke bawah pula menyaksika­n pemain ranking kesembilan, Clement Richard melakukan kejutan apabila menumpaska­n pemain utama dari Selangor, Rheshvan Anbumani pemain ranking kelapan juga dari Selangor, Yeggarajan Sivanesan untuk mara ke separuh akhir.

Clement bagaimana kandas di separuh akhir apabila kalah kepada rakan sepasukan dari Sabah, Danny Gan yang juga pemain pilihan keempat.

Clement menduduki tempat ketiga mnanakala Danny tempat kedua selepas tumpas kepada pemain pilihan kedua, Aqil Mirza Naim dari Kedah pada perlawanan akhir.

Pemain perempuan bawah 13 tahun, Doycee Lee (ranking keempat) juga melakukan kejutan apabila menewaskan pemain pilihan utama Choo Yi Jie untuk mara ke perlawanan akhir.

Bagaimanap­un Doycee hanya menduduki tempat kedua apabila tumpas kepada pemain Kedah, Whitney Isabelle Anak Wilson pada perlawanan akhir.

Sabah diwakili 25 pemain pada kejohanan itu.

Pengurus pasukan Jessye Linog berkata, beberapa pemain lain turut mencatat pencapaian membanggak­an seperti Jedidah Kwan yang menduduki tempat kesembilan lelaki bawah 11 tahun dan Cahya Dhhara Mahamad Adeylan tempat ke-16 kategori perempuan bawah sembilan tahun.

Beliau gembira dengan pencapaian keseluruha­n pemain tetapi mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki bagi memperting­katkan prestasi pemain untuk menghadapi Grand Final pada Oktober depan.

Sambil itu, Presiden Persatuan Skuasy Sabah, Datuk Charles O’Pang berkata, kejayaan tiga pemain layak ke perlawanan akhir dan seorang ke separuh akhir adalah pencapaian yang boleh dibanggaka­n.

Beliau berharap lebih ramai bakat dari negeri ini dapat ditampilka­n pada masa akan datang.

 ??  ?? ANTARA pemain skuasy menyerlah dari Sabah pada Pusingan Kedua Kejohanan Skuasy CIMB Rising Star , (dari kiri) Danny, Doycee, Amber dan Clement.
ANTARA pemain skuasy menyerlah dari Sabah pada Pusingan Kedua Kejohanan Skuasy CIMB Rising Star , (dari kiri) Danny, Doycee, Amber dan Clement.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia