Utusan Borneo (Sabah)

SK Kem Tentera cipta sejarah

Muncul juara ragbi MSSB Sandakan kali ke-5, mara ke final sembilan tahun berturut-turut

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Berjaya mara ke perlawanan akhir selama sembilan tahun berturut-turut sejak 2011 dan muncul juara sebanyak lima kali, merupakan satu pencapaian hebat yang amat membanggak­an.

Itulah yang berjaya dibuktikan oleh pasukan ragbi Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Tentera Sandakan apabila muncul juara Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun (B12) Majlis Sukan Sekolah (MSS) peringkat Bahagian Sandakan 2019 yang berlangsun­g di Padang Kelab Ragbi Sandakan.

Sebanyak tujuh pasukan bertanding bagi merebut piala kejohanan peringkat bahagian melibatkan empat daerah termasukla­h pasukan ragbi sekolah dari daerah Kinabatang­an, Beluran dan Telupid.

Pasukan ragbi SK Kem Tentera yang dibimbing ketua jurulatih Rusman Dahlan muncul juara untuk kali kelima dalam tempoh sembilan tahun beraksi di pentas final.

Pencapaian magis pasukan SK kem Tentera itu turut dibantu penolong jurulatih yang terdiri daripada Mohd Izzul Imran Mohd Johari, manakala Mohd Nazari Yusof bertindak selaku pengurus pasukan.

SK Kem Tentera menunjukka­n aksi cemerlang di peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan lawan dengan skor jaring anyang besar iaitu 61-5 ketika menentang pasukan Kinabatang­an dan membelasah pasukan SK Sg Padas Sandakan 111-0.

Jumlah jaringan yang besar berjaya mengukuhka­n kedudukan SK Kem Tentera sebagai johan Kumpulan A.

Perlawanan peringkat separuh akhir menyaksika­n pasukan SK Kem Tentera melangkah bergaya menumbangk­an pencabar dan pendatang baharu sukan ragbi MSSB Sandakan iaitu pasukan SK Kg Bahagia Sandakan dengan jumlah skor 87-0.

Perlawanan akhir bukanlah perlawanan mudah kerana bertemu SK Tinusa Jaya Sandakan yang memberi tentangan hebat dan corak permainan yang berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Namun, kreadibili­ti dan kebijaksan­aan Ibnu Sina Bainan Najal memimpin pasukan SK Kem Tentera untuk dinobatkan bergelar johan 2019 dengan skor 77-26, sekali gus membolehka­n Ibnu Sina dianugerah­kan sebagai ‘pemain terbaik keseluruha­n’ sepanjang kejohanan itu.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Ahmad Yussof Mohammad yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan (PTPS) Ragbi Daerah Sandakan Mohd Fauzi Kamis.

Seramai tujuh pemain ragbi SK Kem Tentera turut dipilih untuk mewakili pasukan ragbi MSSB Sandakan ke peringkat negeri Sabah, Julai depan.

Mereka yang terpilih ialah Ibnu Sina Bainan Najal, Mohamad Arshafiq Arnodus Asan, Fixley Mexcylon Neseter, Muhammad Amierul Haiqal Jalang, Iskandar Osman, Daniel Muslin dan Muhammad Rasdan Adenan.

Rusman berkata semangat sepasukan dalam permainan ragbi sememangny­a berbeza berbanding sukan lain kerana ragbi bukan tertumpu kepada kekuatan sahaja.

“Ragbi sebenarnya bukan pada kuat dan besarnya badan, tetapi lebih kepada semangat juang dan kekuatan mental.

“Sukan ini mampu membentuk minda dan sikap serta disiplin yang tinggi pada setiap pemain,” katanya.

Katanya, pemain yang bijak hanya memerlukan teknik, disiplin dan fokus yang jitu dalam mengatur pergerakan dan cepat mencari peluang untuk menamatkan larian dan melakukan ‘try’.

“Pemain juga dilatih mengawal emosi supaya tidak cepat marah dan melenting agar terus bersemanga­t dan bekerjasam­a sebagai satu pasukan,” jelasnya mengulas pencapaian cemerlang pasukan ragbi SK Kem Tentera.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Kem Tentera Zubaidah Mahmud menaruh sepenuh kepercayaa­n terhadap guruguru sukan sekolah itu yang mencipta kecemerlan­gan hampir setiap tahun.

“Saya akan memberi sepenuh perhatian dan sokongan penuh kepada guru-guru yang mahu melibatkan diri dalam sukan dan permainan kerana ini sekali gus menaikkan nama sekolah ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Nazari Yusof selaku pengurus pasukan ragbi SK Kem Tentera turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada para ibu bapa murid yang sentiasa memberi kerjasama serta sokongan moral kepada anak-anak mereka kerana pasukan itu dibentuk sejak mereka berada di Tahun Dua lagi.

“Kejayaan hari ini bukanlah daripada usaha semalam, ini penat lelah murid-murid terlibat sejak empat tahun yang lalu,” jelasnya sambil mengakui bukan mudah tapi bukan mustahil untuk terus mengekalka­n kejayaan itu, sesuai dengan kesungguha­n dan komitmen tinggi warga sekolah menjadikan beberapa sukan permainan sebagai kebitaraan SK Kem Tentera dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Kem Tentera Alima Abdul Rahman optimis dengan pasukan ragi sekolah itu dan sentiasa menyokong penuh segala usaha guru-guru mengharumk­an nama sekolah kerana pasukan itu juga yang akan beraksi di pentas antarabang­sa pada November tahun ini dalam Kejohanan Ragbi KGV di Seremban, Negeri Sembilan.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN ragbi SK Kem Tentera akan menyertai Kejohanan Ragbi KVS Antarabang­sa di Negeri Sembilan.
PASUKAN ragbi SK Kem Tentera akan menyertai Kejohanan Ragbi KVS Antarabang­sa di Negeri Sembilan.
 ??  ?? AHMAD Yussof (belakang, tengah), Zubaidah (kanan) dan Mohd Fauzi (dua kanan) bersama pasukan ragbi SK Kem Tentera.
AHMAD Yussof (belakang, tengah), Zubaidah (kanan) dan Mohd Fauzi (dua kanan) bersama pasukan ragbi SK Kem Tentera.
 ??  ?? AHMAD Yussof menyampaik­an piala pemain terbaik kepada Ibnu Sina.
AHMAD Yussof menyampaik­an piala pemain terbaik kepada Ibnu Sina.
 ??  ?? AHMAD Yussof (tiga kiri) bersama PTPS Ragbi Kinabatang­an (dua kiri).
AHMAD Yussof (tiga kiri) bersama PTPS Ragbi Kinabatang­an (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia