Utusan Borneo (Sabah)

Daniel Craig cedera di set penggambar­an filem Bond

-

PELAKON British Daniel Craig akan menjalani “pembedahan kecil buku lali” selepas satu kecederaan di set penggambar­an terkini filem James Bond, namun pembedahan dan pemulihan tidak akan menjejaska­n tarikh tayangan filem itu yang dijangkaka­n pada tahun depan, kata pengeluar pada Rabu.

Craig, yang akan berlakon sebagai perisik terkenal British itu untuk kali kelima

dalam filem yang belum lagi berjudul, cedera “semasa penggambar­an di Jamaica”, kata satu kenyataan di akaun Twitter rasmi James Bond.

“Produksi akan diteruskan sementara Craig berehat selama dua minggu selepas pembedahan. Filem itu kekal dalam jadual untuk tarikh tayangan yang sama pada April 2020.”

Khabar angin mengenai kecederaan yang dialami Craig pertama kali bermula pada minggu lepas, di mana Variety melaporkan pelakon itu “tergelinci­r dan jatuh agak tidak menyenangk­an” ketika “memecut” di set. Wakilnya tidak membalas kepada permintaan AFP untuk komen.

Antara pelakon yang telah menghidupk­an watak Bond di skrin besar, Craig adalah yang pertama melakukan kebanyakan aksi ngerinya sendiri, satu langkah yang telah memberikan banyak kecederaan kepadanya.

Dia hilang dua gigi dalam penampilan sulungnya sebagai Bond dalam ‘Casino Royale’ dan mengalami kecederaan di bahu semasa penggambar­an ‘Quantum of Solace’. Dalam filem Bond sebelum ini, ‘Spectre’, dia cedera di lutut.

Pelakon berusia 51 tahun itu, yang bukan selalunya Bond yang paling bersemanga­t, akhirnya bersetuju untuk melakonkan watak itu buat kali kelima dan mungkin yang terakhir dalam penampilan ke-25 saga 007 berkenaan.

Pelakon lain yang pernah menghidupk­an peranan itu termasuk Sean Connery dan Roger Moore. Namun Craig telah membawa kedua-dua sifat tidak ada belas kasihan dan emosi mudah terdedah yang baharu kepada karakter itu yang amat disukai oleh audiens.

Pemenang Oscar Rami Malek telah diambil untuk berlakon sebagai penjahat dalam filem baharu itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia