Utusan Borneo (Sabah)

Kitar semula sampah jadikan duit, tebus mata ganjaran

Sampah dikumpul diberi mata ganjaran, kemudian ditebus dengan makanan atau wang tunai

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus perkasakan program kitar semula untuk jana sampah menjadi duit.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, sisa makanan, kertas atau plastik yang dikitar semula mampu memberi pendapatan kepada orang awam.

Katanya, menerusi program berkenaan setiap sampah yang dikumpul akan diberikan mata ganjaran.

“Mata ganjaran yang terkumpul akan ditukar kepada pemulangan atau penebusan untuk mendapatka­n bahan makanan atau wang tunai.

“Diperingka­tSemenanju­ng kita sudah bergerak aktif, namun di Sabah masih kurang aktif.

“Justeru, dengan adanya Penggerak Dasar Komuniti Negara di setiap kawasan Parlimen, saya harap mereka dapat menjalanka­n program kitar semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Infaq Perdana Ramadan anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT Cawangan Sabah di sini pada Rabu.

Zuraida berkata, selain menjadikan Sabah lebih bersih, usaha yang dilaksanak­an KPKT itu dapat membantu rakyat terutama golongan B40 menjana pendapatan.

Menurutnya, KPKT dalam perancanga­n untuk menjalanka­n program membersihk­an lebihan longgokan sampah yang banyak dalam negara dengan memperkena­l teknologi ‘waste to energy’ (WTE).

Katanya, sekurangku­rangnya satu WTE setiap negeri menjelang penghujung 2020.

Dalam pada itu, beliau mahu setiap Penggerak Dasar Komuniti Negara di negeri ini supaya saling bekerjasam­a dalam menyampaik­an polisi kerajaan kepada rakyat dari setiap peringkat akar umbi.

Pada majlis itu, Zuraida turut menyampaik­an sumbangan kepada beberapa persatuan, surau dan wakil penggerak cawangan Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? ZURAIDA (tengah) merakamkan kenangan bersama para penerima sumbangan dan tetamu jemputan lain pada majlis
itu.
ZURAIDA (tengah) merakamkan kenangan bersama para penerima sumbangan dan tetamu jemputan lain pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia