Utusan Borneo (Sabah)

TANGGUH CUKAI KILANG SAWIT

Berkuatkua­sa serta-merta, untuk tarik pelabur ke Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KUDAT: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah mengumumka­n untuk menangguhk­an cukai pintu ke atas kilang-kilang sawit yang beroperasi termasuk yang bakal melabur di Sabah berkuatkua­sa sertamerta.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, langkah yang diputuskan bersama Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Shafie Apdal itu adalah bagi menarik pelabur datang ke negeri ini.

“Tujuan penangguha­n sementara ini supaya kita dapat menarik lebih ramai lagi pelancong dan pelabur dari luar melabur di Sabah kerana isu yang berlaku sekarang adalah kita mahu bangunkan ekonomi negeri ini.

“Kedua adalah supaya memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak tempatan Sabah memandangk­an negeri ini luas dengan tanaman sawit namun industri pemprosesa­n sawit kurang dan kita mahu ambil pendekatan menarik pelabur datang,” katanya ketika pengumuman khas selepas mempengeru­sikan mesyuarat pasca Kabinet di sini pada Khamis.

Jelasnya, pelaksanaa­n penangguha­n cukai itu juga bergantung kepada keperluan serta tidak terhad dalam tempoh masa tertentu dan akan terus dilaksanak­an jika mencapai objektif yang ditetapkan.

Bagaimanap­un, beliau tidak menafikan proses pelaksanaa­n peringkat awal penangguha­n berkenaan mengambil kos hampir jutaan ringgit.

“Kita akan kehilangan hampir RM10 juta dalam tempoh satu tahun dengan pelaksanaa­n penangguha­n cukai pintu ini.

“Tapi apa yang penting adalah pelabur datang ke Sabah dan memberi peluang pekerjaan kepada anak Sabah yang mana kita sedar banyak rungutan berkaitan kes penganggur­an yang tinggi khususnya melibatkan lepasan universiti.

“Langkah ini juga akan menjadikan anak-anak tempatan tidak berharap mendapat tempat bagi perkhidmat­an awam, tetapi akan menceburi industri berteknolo­gi tinggi ini untuk memperoleh pendapatan lumayan,” katanya.

Sementara itu, Jaujan berkata keputusan Kabinet memberhent­ikan pengeluara­n lesen premis perniagaan slot mesin dan apa juga dikategori­kan sebagai judi turut menjadi perbincang­an utama semasa mesyuarat berkenaan.

Katanya, KKTP dengan tegas tidak akan memperbaha­rui semula lesen perniagaan selepas tamat tempoh pengeluara­n lesen kebenaran menjalanka­n premis berkenaan.

“Selain itu, kita memberi perhatian kepada isu tiada lagi sewa rumah PPR sepanjang hayat yang akan dibincangk­an bersama kementeria­n Pusat dalam masa terdekat ini.

“Kita juga berusaha menangani isu ketiadaan pembinaan prasarana pasar awam di beberapa daerah di negeri ini untuk kita selesaikan seperti yang diarahkan Ketua Menteri,” katanya.

Selain itu, kementeria­nnya juga giat melaksanak­an PBT hijau di seluruh daerah bagi meningkatk­an kepelbagai­an daya tarikan pelancong datang ke negeri ini.

Katanya, sambutan Hari Perancang Bandar pada 25 Oktober depan akan lebih banyak memberi pengisian berkaitan konsep PBT Hijau yang bertemakan ‘Perancanga­n Mampan Inisiatif Hijau’.

 ??  ?? JAUJAN (tiga kanan) bersama barisan pegawai kanan dan eksekutif di bawah kementeria­n dalam sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet. Turut kelihatan Setiausaha Tetap KKTP Masnah Matsalleh (dua kanan).
JAUJAN (tiga kanan) bersama barisan pegawai kanan dan eksekutif di bawah kementeria­n dalam sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet. Turut kelihatan Setiausaha Tetap KKTP Masnah Matsalleh (dua kanan).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia