Utusan Borneo (Sabah)

500 MPKK baharu dipersetuj­ui Kabinet

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk mewujudkan sebanyak 500 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Sabah, sebagai tambahan kepada 2,853 MPKK sedia ada.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, kementeria­nnya telah mengesyork­an supaya sejumlah 500 kampung di seluruh Sabah diwujudkan MPKK.

Beliau berkata, syor itu dibuat berasaskan kepada keperluan sebenar, iaitu satu kampung, satu MPKK bagi memudahkan urus tadbir pembanguna­n dan hal-hal berkaitan di setiap kampung.

“Memang berlaku selama ini di mana terdapat satu badan MPKK (yang sebelum ini dikenali sebagai JKKK - Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung) mencakupi sehingga tiga kampung.

“Contohnya dalam kawasan DUN Kadamaian, MPKK bagi Kg Taginambur Jaya mencakupi tiga kampung, iaitu Kg Taginambur Jaya, Kg Tamalang dan Kg Bukit Bendera. Begitu juga dengan kawasan DUN Moyog iaitu MPKK bagi Kg Babagon mencakupi Kg Babagon, Kg Timpangoh dan Kg Timpoluon.

“Syor itu juga dibuat kerana pentadbira­n daerah di seluruh Sabah kini mencakupi 26 daerah penuh dan 10 daerah kecil di mana banyak perkampung­an sedia ada bertambah besar dan banyak perkampung­an baharu telah dibina,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, 500 kampung itu berdasarka­n kepada senarai yang dikemukaka­n oleh pejabatpej­abat daerah seluruh negeri kepada KPLB Sabah.

“Sebagai makluman, penambahan MPKK (JKKK) tidak dibuat sejak tahun 1980-an. Oleh itu sukacita saya memaklumka­n bahawa Kabinet Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju kepada syor kementeria­n itu,” katanya.

 ??  ?? EWON
EWON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia