Utusan Borneo (Sabah)

Azis nafi Warisan keluar borang permohonan KP

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Wira Parti Warisan (Warisan) Sabah menafikan pihak Warisan atau kerajaan ada mengeluark­an borang permohonan kad pengenalan kepada warga asing.

Beliau berkata pihaknya memandang serius berkenaan penyebaran borang berlogo Parti Warisan dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang didakwa untuk mendaftark­an warga asing serta dikeluarka­n pihak tidak bertanggun­gjawab dipercayai sindiket tertentu.

“Sindiket menggunaka­n modus operandi memaparkan logo Warisan bagi meyakinkan warga asing membayar sejumlah wang yang kononnya akan diluluskan oleh Warisan.

“Saya menafikan sekerasker­asnya penglibata­n Warisan dalam aktiviti ini dan mengecam pihak tertentu yang memfitnah perbuatan ini didalangi oleh Warisan,” katanya.

Beliau berkata tindakan sindiket itu lebih mengarah kepada politik dan cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Warisan selain sengaja mencemarka­n nama baik parti.

“Kita belum mendengar manamana pihak meletakkan logo parti dalam borang permohonan milik kerajaan.

“Penggunaan logo ini juga dilihat memanipula­sikan warga asing yang terdesak untuk mendapatka­n dokumen sah,” katanya sambil meminta orang awam yang melihat aktiviti itu agar melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya tindakan tegas termasuk hukuman undang-undang akan diambil terhadap pihak tidak bertanggun­gjawab terbabit.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam JPN Siti Mariani Ayob dalam satu kenyataan turut menafikan penglibata­n JPN atau mana-mana pegawainya mengeluark­an permohonan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

“JPN memberi jaminan bahawa borang permohonan yang ditularkan di media sosial itu bukanlah dokumen rasmi yang dikeluarka­n jabatan.

“Pihak jabatan juga tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk melakukan pendaftara­n dan semua bentuk dokumen yang dikeluarka­n oleh JPN tidak akan diagihkan secara berleluasa kepada orang ramai.

“Kita akan membuat laporan polis dalam masa terdekat dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan kes ini,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an orang ramai untuk tidak mempercaya­i atau menyebarka­n maklumat palsu bagi mengelakka­n kekeliruan dan huru hara kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia