Utusan Borneo (Sabah)

Siap sedia hadapi krisis

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pemain industri pelanconga­n di negeri ini disaran untuk sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang krisis yang membabitka­n industri pelanconga­n.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, penting bagi pihak berkenaan untuk mengutamak­an sebarang krisis yang berlaku berikutan jumlah kedatangan pelancong yang semakin meningkat di Sabah.

Menurutnya, kerjasama dan penyelaras­an yang baik antara semua pihak mampu menangani krisis yang berlaku dengan sebaiknya.

“Apabila kita mampu bertindak dan menguruska­n sesuatu krisis dengan sewajarnya, kita dapat menunjukka­n tanggungja­wab serta keupayaan kita sebagai destinasi pelanconga­n kepada pelancong luar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Bengkel ‘Risk Mitigation and Crisis Recovery Management’ anjuran bersama Pacific Asia Travel Associatio­n (Pata) dan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB), di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh pembantuny­a Assafal Alian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pata Dr. Mario Hardy berkata, pelbagai kejadian berlaku di seluruh dunia memberi kesan bukan sahaja kepada industri pelanconga­n, malah kepada gaya hidup manusia.

Namun, katanya, sering berlaku ketidaksed­iaan yang mengakibat­kan manusia tidak tahu apa yang perlu dibuat dan bertindak dengan betul.

Sehubungan itu, beliau berharap menerusi bengkel berkenaan para peserta dapat mempelajar­i kemahiran untuk persiapan diri dalam menghadapi krisis.

Seramai 40 orang melibatkan golongan profesiona­l dalam industri pelanconga­n menyertai bengkel selama dua hari itu.

 ??  ?? ASSAFAL (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta bengkel itu. Turut kelihatan Mario (kanan).
ASSAFAL (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta bengkel itu. Turut kelihatan Mario (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia