Utusan Borneo (Sabah)

Jaga kebersihan sepanjang Ramadan

Peringatan kepada semua pemilik premis perniagaan

- Oleh SADDAM EDRIS

KUDAT: Pemilik premis perniagaan dan kedai makan diingatkan supaya sedar akan tanggungja­wab menjaga kebersihan di persekitar­an masingmasi­ng sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong

“Memupuk kesedaran dalam diri adalah langkah pencegahan awal yang penting dalam membendung isu lambakan sampah sarap di merata-rata tempat.” DATUK JAUJAN SAMBAKONG Timbalan Ketua Menteri

berkata, memupuk kesedaran dalam diri adalah langkah pencegahan awal yang penting dalam membendung isu lambakan sampah sarap di merata-rata tempat.

“Kita di pihak Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah mengadakan kempen kebersihan sebelum Ramadan lagi di premis perniagaan dan gerai makanan.

“Malah, kita juga menggalakk­an penguranga­n penggunaan plastik, polisterin dan straw yang menjadi tumpuan utama kita memandangk­an bahan ini sukar dilupuskan.

“Bagaimanap­un, meski sudah ada mekanisma diwujudkan dalam mengurangk­an masalah ini, apa yang penting ialah kesedaran rakyat mengenai tanggungja­wab mereka kerana sampah sarap ini datang dari kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan asnaf anjuran KKTP dan PBT seluruh Sabah, di sini pada Rabu.

Jaujan berkata, rakyat seharusnya mencontohi amalan rakyat negara Jepun yang sentiasa menekankan simbol kebersihan sebagai lambang kemajuan bangsa.

Katanya, kementeria­nnya juga dalam usaha menjadikan­nya sebagai teras, sekali gus menerapkan amalan itudisetia­pkempenkeb­ersihan yang dijalankan bagi menjadikan Sabah sebagai sebuah negara bebas daripada sampah sarap.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri KKTP merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Shafie Apdal kerana memberi saguhati raya kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Katanya, lebih menggembir­akan, pemberian itu tidak mengira kapasiti dan kakitangan tetap mahupun gaji hari turut merasai pemberian yang bernilai RM500 itu.

“Apa yang penting bukan angka, tetapi keikhlasan kerajaan negeri dalam menyantuni hati rakyat yang memerlukan bantuan daripada kerajaan baharu ini sempena menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba,” katanya.

Mengenai majlis, Jaujan berkata seramai 200 penerima bantuan terdiri daripada anak yatim, golongan OKU dan asnaf terpilih sekitar daerah ini menerima bantuan duit raya sempena majlis iftar berkenaan.

Katanya, penganjura­n majlis seumpama itu adalah pendekatan kerajaan baharu melalui kementeria­nnya dalam mendamping­i serta membela rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman agama.

 ??  ?? JAUJAN (tiga kiri) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima OKU pada Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di salah sebuah resort terkenal di Kudat.
JAUJAN (tiga kiri) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima OKU pada Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di salah sebuah resort terkenal di Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia