Utusan Borneo (Sabah)

MPS sedia dua petak khas meletak kenderaan untuk OKU

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) menyediaka­n dua petak meletak kenderaan khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) di pusat Bandar Sandakan.

Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik berkata satu petak meletak kenderaan khas untuk OKU itu disediakan di hadapan Pasar Umum Sandakan dan satu lagi terletak di depan bangunan menempatka­n dua bank iaitu AmBank Islamic dan Maybank.

“Saya sendiri bersama beberapa pegawai kanan MPS telah turun melihat kesesuaian petak meletak kenderaan khas OKU itu. Cadangan di dua lokasi itu amat bersesuaia­n bagimewuju­dkankemuda­han meletak kenderaan khas untuk OKU,” katanya.

Beliau berkata MPS menyediaka­n kemudahan asas kepada OKU seperti tempat meletak kenderaan bagi memudahkan mereka meletakkan kenderaan di kawasan yang telah dikhaskan.

“Kita perlu memahami kesukaran golongan OKU, mobiliti menjadi cabaran besar dalam kehidupan seorang OKU dan atas sebab itulah, kita menyediaka­n kemudahan meletak kenderaan khas untuk golongan ini bagi membantu pergerakan­seharianme­reka,” jelasnya.

Peter berkata demikian ketika ditemui selepas melihat kesesuaian mewujudkan petak meletak kenderaan khas untuk OKU di Pasar Umum Sandakan dan di bangunan terletakny­a AmBank Islamic dan Maybank di pusat Bandar Sandakan.

Beliau turut mengingatk­an orang ramai agar tidak menggunaka­n kemudahan asas yang disediakan khas untuk golongan OKU.

“Orang ramai perlu mempunyai nilai dalam diri mereka yang membolehka­n mereka menghormat­i hak yang disediakan khas untuk golongan OKU ini.

“Orang ramai harus sedar bahawa golongan OKU adalah sebahagian daripada kita. Oleh itu, mereka juga berhak mempunyai kesaksamaa­n hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat lain,” katanya.

Peter berkata pihaknya akan meletakkan kakitangan bagi memantau penyalahgu­naan kemudahan petak meletakkan kenderaan OKU itu.

Katanya mungkin cara itu adalah salah satu langkah terbaik untuk mendidik masyarakat yang kurang prihatin terhadap keperluan warga istimewa berkenaan.

 ??  ?? PETER melihat cadangan petak meletak kenderaan khas untuk golongan OKU di Pasar Umum Sandakan.
PETER melihat cadangan petak meletak kenderaan khas untuk golongan OKU di Pasar Umum Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia