Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki mengaku tidak salah edar dadah

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki berhadapan hukuman gantung atau penjara seumur hidup, apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan mengedar dadah.

Samson Adak, 21, Mohamad Shahrulhaf­izi Mohd Salleh, 23, dan Mawie Ache Mairon, 21, yang dibawa di depan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad bagaimanap­un mengaku tidak bersalah.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 22 Julai dan perbicaraa­n pada 17 hingga 19 September terhadap Samson,sementarap­engurusan kes terhadap Mohamad Shahrulhaf­izi ditetapkan pada 22 Julai dan perbicaraa­n pada 3 hingga 5 September.

Pengurusan kes ditetapkan terhadap Mawie pada 22 Julai dan perbicaraa­n pada 9 hingga 11 September.

Samson mengedar dadah seberat 173.02 gram pada 26 Oktober 2018 jam 10.40 malam di pekan Telipok di sini.

Mohamad Shahrulhaf­izi didapati mengedar dadah seberat 78.92 gram pada 2 Oktober 2018 jam 12.30 tengah hari di pusat membeli-belah One Borneo, Manggatal di sini.

Mawie mengedar dadah seberat 196.53 gram, pada 1 Oktober 2018 jam 8.45 malam di sebuah rumah, Kampung Liawan, daerah Keningau.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Sekiranya dijatuhkan hukuman pemenjaraa­n seumur hidup, haruslah dikenakan tidak kurang daripada 15 sebat.

Samson, Mohamad Shahrulhaf­izi dan Mawie masing-masing diwakili peguam P.J Perira, Muamar Julkarnain dan Dominic Ghani.

Semua pendakwaan terbabit dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F.Michell Sambatan.

Tiada jaminan diberikan kepada ketiga-tiga tertuduh dan diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia