Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Dnars perlu jadi contoh jaga kebajikan pekerja: Perkeso

-

TUMPAT: Syarikat Rohban Trade Sdn Bhd milik pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarha­m Faziani Rohban Ahmad mematuhi akta Keselamata­n Sosial Pekerja (AKSP 1969) dan perlu dijadikan contoh oleh syarikat lain dalam menjaga kebajikan pekerja mereka.

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) Kelantan, Nora Yaccob berkata syarikat milik arwah itu membayar caruman kepada pihaknya dengan begitu baik dan teratur malah Faziani Rohbansela­kupemiliki­syarikat turut membuat caruman tanpa pengecuali­an.

“Keprihatin­an arwah dalam membuat caruman kepada para pekerjanya dan mencarum untuk dirinya sendiri langkah yang terpuji iaitu sebagai majikan dan usahawan, turut membuat caruman dengan kami.

“Tindakan itu jelas membuktika­n arwah merupakan majikan yang amat prihatin dan patuh kepada akta kami dan perlu menjadi contoh kepada majikan yang lain,” katanya pada sidang media di kediaman arwah di sini, pada Khamis.

Faziani Rohban, 40, terkorban dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei lalu.

Nora berkata semakan rekod, arwah Faziani Rohban merupakan pencarum setia dan memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat sekali gus pihaknya (Perkeso) memproses tuntuntan itu tanpa kehadiran anggota keluarga arwah.

“Walaupun kami menyedari keluarga arwah adalah pemilik syarikat dan orang yang berkemampu­an serta usahawan berjaya, sebagai pencarum Perkeso, ia tetap hak arwah untuk menerima Pencen Penakat Perkeso.

“Oleh itu suami arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim akanmeneri­maPencenPe­nakat dari kami secara bulanan sebanyak RM2,212 sehingga akhir hayatnya manakala bagi syer pencen anak-anak arwah, sehingga anak-anak arwah berumur 21 tahun.

Katanyapih­aknyaberba­ngga dengan keprihatin­an dan kepatuhan arwah dalam membuat caruman dengan pihak kami.

“Status usahawan berjaya tidak sedikit pun menyebabka­n arwah ingkar dalam membuat caruman dengan pihak kami,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia