Utusan Borneo (Sabah)

Barang keperluan Aidilfitri mencukupi

Penguatkua­sa KPDNHEP laksana pemantauan berterusan

-

LABUAN: Bekalanbar­angan keperluan untuk tiga perayaan adalah mencukupi, kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Beliau berkata barang keperluan untuk sambutan Pesta Kaamatan, Pesta Gawai dan juga Hari Raya Aidilfitri yang masing-masing akan disambut pada penghujung bulan Mei dan awal Jun depan adalah mencukupi.

Katanya, Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutua­n Labuan telahpunme­mberikanja­minan bahawa semua keperluan harian musim perayaan kali ini mencukupi.

“Saya difahamkan anggota penguatkua­sa KPDNHEP akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan keperluan di pihak pemborong dan peniaga sentiasa mencukupi walapun berlakunya peningkata­n permintaan daripada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian emberita selepas melancarka­n Program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2019 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Bataras Hypermarke­t, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Pejabat KPDNHEP Amirul Hadi Idham dan Ketua Penguatkua­sa KPDNHEP Annual Kanari.

Sementara itu, Rosman berkata KPDNHEP Labuan telah menyenarai­kan 18 jenis barangan SHMMP bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri, manakala 14 jenis barangan dan 13 jenis barangan bagi perayaan Pesta Kaamatan dan Pesta Gawai.

“Tempoh kuatkuasa bagi SHMMP Hari Raya Puasa serta Pesta Kaamatan dan Gawai telah pun dilanjutka­n tempoh pelaksanaa­nnya selama 30 hari iaitu 15 hari sebelum perayaan dan 15 hari selepas perayaan bermula 21 Mei sehingga 19 Jun,” katanya.

Antara jenis barangan di bawah SHMMP ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam, gred A,B,C, daging kerbau, cili kering, tomato, kubis bulat, kelapa biji, bawang merah, bawang besar dan ubi kentang.

Amirul berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah skim itu dan manamana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Katanya, peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalka­n sikap beretika dalam menguruska­n perniagaan di samping itu peruncit, pemborong tidak sewenangwe­nangnya menaikkan harga secara mendadak selepas berakhirny­a pelaksanaa­n SHMMP.

“Pengguna perlu melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya terdapat peniaga yang tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Pengguna boleh menyalurka­n aduan kepada portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, atau hubungi terus ke 1800 866 800 atau Whatsapp ke 019 279 4317.

 ??  ?? ROZMAN (tiga kiri) bersama Amirul (dua kiri) dan Annual (dua kanan) ketika melancarka­n SHMMP Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai di Bataras Hypermarke­t.
ROZMAN (tiga kiri) bersama Amirul (dua kiri) dan Annual (dua kanan) ketika melancarka­n SHMMP Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai di Bataras Hypermarke­t.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia